Review: World War Z


World War Z! Terbaik! Penuh aksi dan debaran dari awal sampai habis. Mengisahkan seorang perisik atau tentera yang sudah bersara dan menjalani hidup biasa bersama isteri dan dua orang anak perempuan. Dikejutkan dengan berita virus atau wabak baru sudah merebak di kawasan mereka. Nak cerita banyak kat sini memang tak berapa nk seronok. Kene pergi tengok sendiri baru puas hati.

Saya pergi menonton disalah sebuah lokasi panggung bersama cik amoi dan juga adik cik amoi. So duduklah kami memenuhi ruang yang sudah ditempah. Tempat duduk sudah dibanjiri penonton World War Z. Ada la dalam panggung tu yang menonton dengan terlampau sangat 'over'. Seorang je la yang saya perasan sebab duduk sebaris tempat duduk saya. Jerit tak nak kalah. Mulut tak abes 'OMG, OMG'. Terasa tak tenteram plak en. Nak buat cane, bertahan je la sampai abes moovie. Habis je movie, berjalanlah beliau tanpa rasa bersalah. Pergh masa tgk wayang memang buat macam wayang ni dia yang punya. Nasib la badan. Hahaha. 'Dia' adalah seorang lelaki yang terlampau 'over'. Bukan apa, yang menonton ni ramai, at least fikir la orang lain yang menonton sama. (ni bukan review cite dah ni, ni dah cite ketidakpuashatian ni...hahaha)

Okay kembali nak review balik movie ini. World War Z adalah movie yang diadaptasi dari sebuah novel diterbitkan pada tahun 2006 oleh Max Brooks. Novel itu mengisahkan jangkitan virus yang datangnya dari seorang budak yang menggigit seorang doktor dan terus merebak hampir ke seluruh bumi. Sedikit plot permulaan dari saya. Hehehe. (terasa nak baca novel ni pula...amoi jom cari novel ni..)

Overall, World War Z memang terbaik ditambah pula dilakonkan oleh 'Brad Pitt'. Seronok lah cik amoi dapat jumpa Brad Pitt. Haaa. Mula-mula ajak tengok Man of Steel taw tapi bila cakap Brad Pitt berlakon je kat World War Z terus ubah haluan nak tengok World War Z. Hehehe. (jangan marah ye cik amoi~)

Sesiapa yang ada kesempatan tu boleh la menonton World War Z. Syiok aih. Dan memang banyak 'kejutan' so ready la awal-awal ye. Saya rate 4 bintang dari 5 bintang. ^_^

nota kaki: post ini adalah request dari cik amoi..hehehe..

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER