Sayonara Lolipop


Tanggal 4 November 2012 bersamaan dengan hari Ahad, saya sudah melepaskan salah satu barang kesayangan saya. LG GD580 aka Lolipop kini sudah berada ditangan orang lain. Membuat keputusan untuk menjual Lolipop amat sukar untuk mendapat kata putus.

Walaupun bukanlah touch skrin, mempunyai wifi, malah kamera yang sederhana sahaja, tapi cukup untuk saya menghargainya. Tidak tahu kenapa tapi mungkin sebab ianya berwarna biru dan mungkin sebab ianya flip style and nipis, mudah dibawa kemana sahaja.

Perasaan melepaskan Lolipop tidak seperti mana ketika melepaskan 3gs. Mana lagi nak cari si Lolipop kegemaranku. Harap dikau baik-baik sahaja bersama tuan baru kamu. Jasa dan kenangan bersamu akan dikenang selamanya.  :(

nota kaki: tak jumpe dah lolipop pasni :(

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER