Plume!


Sebelum ini saya ada buat entri mengenai Hotot iaitu twitter client untuk desktop. Kali ini saya ingin berkongsi application twitter untuk android, Plume! Ye Plume. Pernah dengar tak? Belum pernah dengar? Baik cepat-cepat browse kat Play Store untuk anda cuba sendiri.

Seperti biasa, untuk memakai apps ini anda perlu membelinya terlebih dahulu. Kalau yang tak nak beli, boleh la cuba cari alternatif lain ye. Hehehe. Apps Plume hampir menyerupai Hotot dimana semua setting tag, mention, quote dan lain-lain menyerupai antara satu sama lain.


Pada setiap kali anda di mention, background tweet yang mempunyai mention nama anda akan berubah menjadi jalur-jalur. Di sini user akan lebih mudah untuk kenal pasti mana tweet yang mempunyai mention akaun tweet user tanpa perlu beralih ke tab mention. Tapi kalau anda seorang popular, maka adalah lebih mudah pergi ke tab mention saja.

Refresh time for every tweets juga sangat laju tapi bergantung juga kepada kadar kelajuan internet anda. Kalau slow memang nak loading apa pun tidak boleh la. Selain itu, jika ada tweet yang mengandungi gambar, user tidak perlu surf browser untuk melihat gambar, gambar yg ditweet sudah sedia ada dipaparkan dimana anda tidak perlu beralih kepada browser dan kemudian kembali semula kepada twitter. Agak melecehkan kalau begitu. Hehehe.


User juga boleh menambah column mengikut kehendak user sendiri. Secara default, Plume menyediakan tiga column; Timelin, Mention dan Direct Message. Column lain yang boleh ditambah secara manual; Facebook, Favorites, Search dan Lists. Senang bukan. User juga boleh tukar font dan saiz font mengikut citarasa user sendiri sama seperti Hotot. Banyak lagi setting yang boleh anda cuba sendiri. Saya hanya berkongsi secara general di sini. Kalau ada apps yang best-best lagi mohon share bersama. Sharing is caring kan? #eh

Sumber Gambar: Google Image

nota kaki: mohon ampun maaf kalau campur english malay dalam entri...hehehe...

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER