Twitter Client: Hotot


Siapa kat sini tak ada twitter angkat tangan? Yang dah ada tu teruskan lah bertwitter dan yang belum ada tu, kalau nak buat silalah buat kalau nak. Tak susah pon, anda hanya perlu register dan pastikan anda mempunyai akses internet yang stabil.

Twitter kini kian menjadi tarikan kepada anak muda mudi zaman sekarang, bukan setakat mereka saja malah golongan artis dan juga atasan sering menggunakan twitter sebagai medium untuk mempromosi dan menyampaikan mesej serta informasi terkini. Ini kerana twitter boleh menyampaikan informasi lebih laju berbanding medium-medium yang lain.

Ok. Sedikit ulasan mengenai twitter sebelum saya beralih kepada tujuan sebenar entri ini. Entri kali ini bertujuan untuk berkongsi kepada pembaca Twitter Client yang saya sedang gunakan sebagai pengantara diantara twitter dan juga twitter client. Twitter Client yang saya maksudkan disini ialah Hotot. Pernah dengarkah anda mengenai Hotot? Mungkin ada diantara mereka yang jarang dengar atau mereka lebih selesa untuk menggunakan twitter client yang lain. Antara twitter client yang ada ialah TweetDeck dan juga HootSuite. Keduanya pernah sudah saya pakai tetapi tidak memenuhi citarasa hati saya sebagai pengguna twitter yang tak berapa tegar ini. Jadi saya mengambil langkah untuk beralih kepada Hotot. Kelakar kan bunyinya? Dekat-dekat bunyi 'kentut' pon ada. Saya akan bagitahu kenapa saya beralih kepada Hotot.


Seperti yang anda dapat lihat gambar diatas, ini ialah 'interface' sebelum anda boleh menggunakan Hotot. Anda hanya perlu klik akaun anda yang sudah anda siap setting dan terus boleh menggunakannya. Sepantas kilat dan ringan. Tak percaya? Cubalah~

Hotot menyediakan shortcut untuk anda reply tweet. Sebagai contoh, anda hanya perlu klik kepada tweet yang anda ingin reply dan tekan 'a + r' dan secara automotik box reply akan tertera dipaparan skrin anda dan boleh terus mereply. Anda tidak perlu menggerakkan tangan untuk mencari dan klik button reply. Pada saya menggunakan shortcut key adalah lebih pantas berbanding menggunakan mouse. Tetapi untuk memilih tweet mana yang anda mahu reply masih memerlukan kerjasama mouse untuk melaksanakannya.

Sebab lain kenapa saya beralih kepada Hotot ialah ada sesetengah orang yang mem'private'kan akaun mereka dimana kita tidak boleh quote tweet mereka jika menggunakan Twitter yang sedia ada. Terasa agak tidak gemar disitu. Dengan Hotot, sekali lagi anda boleh menggunakan shortcut key 'a + q' untuk reply mana-mana tweet walaupun user mem'private'kan akaun mereka.

Kemudahan untuk tag kawan-kawan twitter secara cepat dan mudah menyebabkan saya beralih ke Hotot. Pada permulaan menggunakan Hotot, saya ingatkan Hotot tidak menyediakan khidmat tag. Tapi rupa-rupanya, ia mengambil sedikit masa untuk store kesemua rakan twitter anda kedalam Hotot supaya anda akan lebih mudah tag kawan-kawan anda. Hanya perlu tekan @diikutinamakawananda.


Pada saya, Hotot merupakan Twitter Client yang terbaik buat saya setakat ini. Mana tahu pada masa akan datang akan ada lagi Twitter Client yang hebat-hebat lagi menarik. Selain itu, anda boleh tukar font dan colour mengikut citarasa anda sendiri. Kalau nak cerita pasal preference memang tak kan abes sebab terlampau banyak pilihan yang anda boleh setting mengikut citarasa anda sendiri. Dari background, font, colour font, colour setiap user dan macam-macam lagi. Tak terkata la senang cerita. Nak taw kene try sendiri dulu. ^_^

Entri ini hanya sekadar berkongsi pengalaman, tak de la nak promote Hotot ni. Tak dapat apa pon promote Hotot. Hee. Kepada yang berminat dan mahu cuba-cuba, boleh la cuba-cuba Hotot (macam dah ter'promote' pula) :P

Sekian dari saya. Sampai ketemu dilain entri.

nota kaki: oh lupa nk mensi, Hotot ni pernah guna kat Windows je, kat Mac tak tahu la.. :)

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER