Selamat Hari Raya Aidiladha


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Kepada mereka yang mengerjakan ibadat haji, semoga ibadat anda semua diterima dan insyaAllah mendapat haji yang mabrur. Kepada mereka yang mempunyai rezeki lebih untuk mengerjakan ibadah qurban, selamat berqurban pada esok hari. Mudah-mudahan pada tahun hadapan dipermudahkan untuk diri ini melakukan ibadah qurban dan juga merancang dari awal untuk menunaikan rukun Islam ke lima. Tak salah simpan duit sikit-sikit bila dah mula bekerja nanti kan? Itu adalah salah satu dari usaha kita untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima.

Basahkanlah lidah dengan takbir,tasbih dan tahmid disepanjang Hari Raya Aidiladha ini. Bak kata kak Wardina Safiyyah dalam twitternya tadi 'sembelihlah dari kita amalan-amalan yang buruk'. Semoga sama-sama kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa dan juga menjadi insan yang cemerlang, untuk diri kita, untuk bangsa dan juga yang terutama untuk agama Islam. ^_^

nota kaki: gambar ni search kat google je..xde daya nk edit2 :P credit to iluvislam.com

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER