Seharian Aidiladha


Seharian di Aidiladha. Raya kali ini ada kelainan sikit sebabnya saya tidak solat sunat Aidiladha di masjid kampung saya tetapi di Masjid Sultan Ismail. Kali ini, semua ahli keluarga turut serta menunaik solat sunat Aidiladha bersama-sama dan ini merupakan kali yang pertama. Hehehe. Nampaknya lepas ni memang solat kat Masjid Sultan Ismail je jawabnya.

Selesai solat dan mendengar khutbah, masing-masing bergerak ke hala tuju masing-masing. Setibanya dirumah, masak memasak bermula. Untuk tahun ini hanya sempat untuk masak ayam masak merah, kari daging, dan juga sayur campur. Simple je en. Ketupat pula pakai ketupat segera je sudah. Haha.

Bersiap-siap untuk solat Jumaat pula. Solat fardhu ni mana boleh tak pergi en. Petangnya pula ada saudara yang datang dari Muar. Alhamdulillah dapat merasa ketupat palas. Hihihi. Mereka pulang pada petang itu juga kerana mereka ada 'dinner' di tempat lain.


Pada malamnya pula, kami sekeluarga tujuh beranak pergi beraksi bermain bowling. Hahaha. Sekali sekala main bowling dengan famili. Selalu main dengan member je. Cubaan untuk balingan spin hanya sekali sahaja menjadi. Hehehe. Masih ada peluang untuk improvement. Bila nak hebat baling spin alahai. Kami main untuk dua frame dan keduanya saya dapat tempat ke dua. Mengekalkan prestasi dan keunggulan. Hahahaha.

Sampai rumah around 1030. Ingatkan nak singgah bundle jap tapi semua dah kelihatan. Sampai rumah, supper sikit, mandi solat, dan buat hal masing-masing. Hehehe. Selesai seharian di Aidiladha ^_^

nota kaki: penat seharian

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER