BBQ Time!


Sebelum pulang ke kampus tercinta, alhamdulillah sempat menghabiskan masa bersama dengan famili, pakcik makcik dan sepupu yang ada. Mari kita ber'BBQ'!! Lama dah tak ber'BBQ' bersama-sama. Aidiladha masih terasa dengan kehadiran daging-daging lembu. Nasib baik tade daging kambing, kalau tak makin bertambah-tambah makanan yang terhidang. Bersyukur dengan apa yang ada. Hehehe.

Usai solat maghrib terus dimulakan dengan menghidupkan api dan membakar arang menjadi bara diringin oleh hujan renyai-renyai sesekali lebat. Tidak lama kemudian, hujan berhenti dan bulan mula menunjukkan dirinya. Sangat terang bulan pada malam itu. BBQ dibawah pantulan cahaya bulan. Bukan selalu dapat ni. :P

Taktala arang sudah menjadi bara, maka barisan ayam mula disusun rapi. Kumpulan pertama sudah sedia untuk dipanggang. Aroma ayam yang diperap sudah menghasilkan bau yang enak. Mereka yang menghidunya pasti tidak sabar untuk menikmati kelazatan ayam bakar. *Penulis sendiri dah terliur*


Tak sempat pon semua kumpulan pertama habis dipanggang, maka ayam tadi disambar oleh mereka yang sudah lama menanti. Semua seperti helang yang menunggu masa yang sesuai untuk menyambar ayam bakar. Hujan la katakan. Masing-masing perut sudah kelaparan berbunyi seperti lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan.

Kumpulan kedua masih lagi membakar ayam dan sedikit daging. Nak cite daging tu punye lembut macam kapas ye. Lagi lembut dari daging ayam. Itu adalah first time saya merasainya setelah dua puluh tiga tahun hidup. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menikmati juadah yang sedap dan enak.


Dalam jam 11 malam baru selesai membakar semua stok daging dan ayam. Masing-masing sudah kekenyangan sambil duduk berbual berkongsi cerita. Alhamdulillah saya dikurniakan keluarga yang aman damai. Harapnya dapat berterusan hingga keakhirnya dan kegenerasi yang akan datang. Amin.

Maka dengan itu pulanglah kami kerumah masing-masing selepas siap kemas mengemas. Esoknya mahu pulang ke kampus tapi barang masih belum di 'pack' lagi. Jawabnya pack esok pagi laaa. Harapnya selepas ini ramai lagi ahli keluarga lain yang dapat meluangkan masa untuk berkumpul bersama. ^_^

nota kaki: kenyang yang amat~~~

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER