BBQ Time!


Sebelum pulang ke kampus tercinta, alhamdulillah sempat menghabiskan masa bersama dengan famili, pakcik makcik dan sepupu yang ada. Mari kita ber'BBQ'!! Lama dah tak ber'BBQ' bersama-sama. Aidiladha masih terasa dengan kehadiran daging-daging lembu. Nasib baik tade daging kambing, kalau tak makin bertambah-tambah makanan yang terhidang. Bersyukur dengan apa yang ada. Hehehe.

Read More →

Seharian Aidiladha


Seharian di Aidiladha. Raya kali ini ada kelainan sikit sebabnya saya tidak solat sunat Aidiladha di masjid kampung saya tetapi di Masjid Sultan Ismail. Kali ini, semua ahli keluarga turut serta menunaik solat sunat Aidiladha bersama-sama dan ini merupakan kali yang pertama. Hehehe. Nampaknya lepas ni memang solat kat Masjid Sultan Ismail je jawabnya.

Read More →

Selamat Hari Raya Aidiladha


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Kepada mereka yang mengerjakan ibadat haji, semoga ibadat anda semua diterima dan insyaAllah mendapat haji yang mabrur. Kepada mereka yang mempunyai rezeki lebih untuk mengerjakan ibadah qurban, selamat berqurban pada esok hari. Mudah-mudahan pada tahun hadapan dipermudahkan untuk diri ini melakukan ibadah qurban dan juga merancang dari awal untuk menunaikan rukun Islam ke lima. Tak salah simpan duit sikit-sikit bila dah mula bekerja nanti kan? Itu adalah salah satu dari usaha kita untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima.

Read More →

Twitter Client: Hotot


Siapa kat sini tak ada twitter angkat tangan? Yang dah ada tu teruskan lah bertwitter dan yang belum ada tu, kalau nak buat silalah buat kalau nak. Tak susah pon, anda hanya perlu register dan pastikan anda mempunyai akses internet yang stabil.

Read More →

Yes! 4G New Promotion!


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu promosi yang pada saya menarik dan sesuai untuk meraka yang mendambakan perkhidmatan internet yang laju seperti saya. Dijamin laju dengan tawaran dan promosi yang sangat hebat sehingga sukar dipercayai.

Read More →

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER