Summary First Week Syawal 1433


1 Syawal 1433

First day Syawal bersama family tercinta, saling bermaafan sesama ahli keluarga dan ziarah sanak saudara terdekat di kampung. Petangnya pulang ke muar dan berkumpul disana hingga lewat malam dan pulang semula ke kampung halaman.

2 Syawal 1433

Syawal ke dua diteruskan dengan orang datang merisik sepupu ayah pada paginya dan pada petangnya pulang ke kampung sebelah mama. Walaupun sudah ketiadaan atok dan nenek tapi disitulah tempat saya mempunyai banyak kenangan bersama arwah atok dan nenek. Al-Fatihah.

3 Syawal 1433

Raya ke tiga meneruskan perayaan ke Pontian sampailah ke Kluang tetapi saya tidak mengikuti rombongan raya family tetapi mengikuti rombongan raya bersama rakan-rakan sekolah rendah. Perjalanan bersama rakan bermula di rumah saya dan berakhir di jalan Kluang. Plan raya tidak menjadi lalu kami bermain bowling. *tak reti men bowling huhu

4 Syawal 1433

Raya ke empat tidak ke mana kerana sanak saudara mahu bertandang ke rumah. Jadinya masak la apa yang patut untuk menjamu sanak saudara yang hadir nanti. Duduk di rumah menuggu keesokan harinya. Dup dap dup dap... >.<

5 Syawal 1433
jeng jeng jeng
Syawal yang paling mendebarkan ialah Syawal pada tahun ini. Dup Dap Dup Dap. Tidur tak kenyang mandi tak lena. Dalam hati takde siap tahu betapa berdebarnya. Raya ke lima ada misi besar. Kali ini ke Semerah bersama adik untuk menjemput tetamu istimewa untuk dibawa pulang ke rumah. First time nak datang rumah, resah gelisah takut tak jumpa. Alhamdulillah akhirnya jumpa. Bertemu emak dan abah kepada bakal tetamu istimewa sebentar lagi. Sejuk mata memandang rumah di Semerah hihihi. Memang betul suasana kampung. I Likee~ ^_^ Alhamdulillah kami dihidang nasi berlauk kari daging dan ikan pari. Ehem ehem, siapa la masak agaknye ni. Hihihi. Usai kami berlalu ke rumah saya kembali. Cuak habis. *panjang sangat dah ni...sambung next entri. Special entri ^_^

6 Syawal 1433

Raya ke enam duduk rumah sahaja. Penat berjalan tidak berhenti. Menunggu tetamu yang akan datang ke rumah.

7 Syawal 1433
org jepun tgh snap gmbr pakai ipong
Seminggu beraya sudah. Oleh sebab semalamnya duduk di rumah sahaja, maka dengan ini telah membuat keputusan untuk keluar beraya pada raya ke tujuh. Niat di hati nk berkonvoi tapi total cuma ada enam orang sahaja yang kelapangan masa. Itu pun tidak semua dapat join untuk ke semua rumah. Huhu. Perjalanan di mulakan di Jalan Kluang, diteruskan ke Sungai Ayam, kemudian ke Parit Raja dan akhir sekali Jalan Kluang kembali. Kebanyakan rumah yang diziarah adalah guru-guru sekolah rendah. Alhamdulillah masih lagi dapat bertemu pada setiap tahun. Hehehe.

Habis summary seminggu beraya di bulan Syawal ^_^


Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER