Kursus Pra - Perkahwinan 2012


Alhamdulillah. Setelah meluangkan masa selama dua hari di hujung minggu ini bagi mendengar ceramah, pesanan, nasihat dan juga kata-kata azimat dari penceramah yand di undang khas ke Kursus Pra-Perkahwinan 2012 yang ditempatkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, akhirnya tamat sudah dan saya juga telah memperolehi sijil yang sekaligus melayakkan saya untuk memohon borang kahwin pada masa akan datang. Alhamdulillah ^_^

Gembira kerana selesai sudah satu lagi tapak untuk ke tapak seterusnya. Harapnya usaha dan harapan murni ini akan dipermudahkan hingga keakhirnya. Terima kasih juga kepada penceramah yang sudi berkongsi pengalaman, memberikan tips serta nasihat kepada peserta pada masa akan datang. Diharapnya jangan serik untuk terus berkongsi ilmu kepada peserta lain pada masa akan datang sesungguhnya banyak lagi diantara kami yang masih memerlukan bimbingan serta nasihat bagi menempuhi alam rumahtangga kelak.

Tahniah juga kepada si 'dia' kerana walaupun sibuk dengan study untuk special exam tetapi masih juga hadir bersama mendengar nasihat dan juga pandangan dari penceramah yang hebat-hebat belaka. Walaupun masih dibebani dengan beban 'special exam' pada minggu berikutnya tetapi tetap kental untuk hadir bersama. Hehehe. Tahniah ye awak. ^_^

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mengikuti kursus ini bersama. Harapnya kalau nak bina masjid lepas ni, sudi-sudilah jemput saya. InsyaAllah saya akan datang ke majlis kalian. Sesungguhnya ini adalah tapak asas untuk kita semua sebelum melangkah ke alam rumah tangga kelak. Masih banyak lagi pengalaman yang perlu dicari sebelum seorang bakal suami menjadi 'Imam' kepada bakal makmumnya (isteri).

Sampai disini sahaja dahulu coretan untuk pagi Isnin ini. Sampai bertemu dilain entri. ^_^


nota kaki: kepada si 'dia' , jangan lupa tukar nombor IC anda nanti ya =)
nota kaki kanan: MU menang lawan Liverpool... ^_^

1 comment

Anonymous September 28, 2012 at 1:47 AM

yes bos! :P

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER