Ramadhan 1433


Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan 1433. Sampai ketemu lagi pada tahun hadapan atau mungkin ini Ramadhan terakhir buat diri ini? Siapa tahu. Perbanyakkanlah amalan dan tingkatkan mutu ibadah. Masih belum terlambat untuk kita mengejar pahala di bulan Ramdhan yang mulia ini.

Alhamdulillah masih diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Harapnya dapat berkekalan hingga ke akhir Ramadhan. Tahun ini tidak dapat berpuasa di kampung halaman sebaliknya 2/3 Ramadhan dihabiskan di taman ilmu dan budi. Amik "short semester" katekan. Subjek English, entah tak taw ape jadi kat result. Tawakkal dan berserah serta doa sahaja semoga lecturer tercinta Mdm Lili Suriani dapat memberikan markah yang terbaik buat semua pelajar-pelajar kelas English beliau. 

Ramadhan kali ini mungkin Ramadhan terakhir dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan di tempat belajar. Masing-masing akan meneruskan perjuangan mereka di tempat yang berlainan pada bulan Ramadhan akan datang. Maklum la, semua dah nak habis belajar dan ingin bekerjaya seterusnya membina rumah tangga. Hehehe. Bila agaknya saya pula ingin berumah tangga? Jemputan kahwin rakan-rakan sudah berduyun-duyun tiba. Ada terdetik sedikit cemburu pada rakan-rakan yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagil. Saya doakan yang terbaik buat kalian. Semoga saya dapat hadir pada majlis yang telah dijanjikan. Doakan juga saya disini supaya cepat-cepat dapat mendirikan rumah tangga. *gatalnakkawincepat*

Alhamdulillah, saya dapat pulang dengan selamat di kampung halaman walaupun pemanduan agak mengantuk semasa pulang kelmarin. Syukur Alhamdulillah dapat lagi diketemukan dengan keluarga tercinta. Di rumah sudah menanti lambakan kerja yang disediakan khas oleh mama tercinta. Tapi malangnya tak dapat buat terus kerja, sampai-sampai rumah terus 'pengsan'. Penat memandu mungkin. Maka kerja dilaksanakan keesokan harinya dimana adik saya juga pulang pada paginya. Berhempas pulas lah kami dua orang cat pagar pintu rumah. Bermandikan peluh dibawah panas terik dengan sesekali awan melindungi kami sangat memenatkan. Petangnya pula ronda-ronda bandar almaklum la lama tak jalan-jalan kat bandar sendiri.

Aktiviti mengecat rumah tidak berhenti disitu sahaja, sambung pula malam dan hari-hari berikutnya. *entah bila la nak siap..badan pon dah bau cat* Sabar je la. Bukan selalu pon nak cat rumah ni en. Sekali sekala je. Hari ni hari Jumaat. Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan tahun ini dan juga merupakan hari terakhir untuk cat mengecat. Walau ape terjadi, harus habiskan hari ini juga. Malas sudah nak sambung esok. Esok dah boleh kemas luar rumah pula. Hehehe. Raya tahun ni ada tetamu istimewa. =)

Cukuplah sekadar ini. Hanya berkongsi sedikit cerita. Kalau tak nanti bersawang pula. Selamat menjalani ibadah berpuasa untuk hari-hari terakhir. Tingkatkan amalan dan tambah kualiti ibadah anda. Salam Ramadhan.

nota kaki: result exam untuk short semester dah keluar...alhamdulillah ^_^


Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER