1 Syawal 1433


Alhamdulillah. Selesai sudah sebulan kita berpuasa sekarang masanya untuk meraikannya. Sekarang ni sudah masuk 11 Syawal tapi saya baru la terkedek-kedek nk update blog. Yer la, raya katakan. Mana ada masa nak berblog ni. Hehehe.

Raya pertama alhamdulillah seperti raya-raya pada tahun lepas. Semua adik beradik masih dapat lagi berkumpul dirumah. Saling bermaafaan antara kami dan juga sempat bergambar di pagi raya. Hehe. Baru je nak ziarah rumah saudara mara lain, ada sedara terlebih dahulu melangkahkan kaki kanan ke rumah kami. Datangnya dengan berita anaknya bakal dirisik keesokan harinya. Alhamdulillah. Tambah lagi sorang saudara baru tak lama lagi. Boleh makan nasi minyak.


Raya diteruskan dengan menziarahi atok dan nenek tercinta. Ramainya orang tak terkata. Rumah atok penuh macam ikan sardin. Semua orang datang rumah atok. Nasib baik la rumah cucunya ni kat belakang je. Diteruskan ke rumah ke dua merangkap atok sedara. Alhamdulillah dapat makan sedap hehehe.

Kemudian terus ke rumah moyang, atok sedara lagi dan pak cik. Terus pulang ke rumah dan saya pengsan (tidur) tidak sedarkan diri. Ada pakcik datang pon tapi adik tak dapat nak kejutkan. Maaf pakcik makcik, nanti saya datang rumah ye. Heeee. (segan)

Petang dalam pukul 430 bergerak ke Muar. Meneruskan perayaan dalam kereta lebih kurang sejam setengah. Sampai je rumah makcik terus makan. Makan lagi. Hahaha. Nama pun raya. Makan jer la kejenye. Ni rumah terakhir untuk raya pertama. Berehat-rehat sambil bertukar cerita.

Bunyi mercun kat sini dah macam perang dunia. Usai solat isya' di masjid, mercun berbunyi tanpa henti buat beberapa jam. Naik bingit pun ad telinga ni. Tapi nak buat cane. Nama pun raya. Layankan aje la. Dalam pukul 10 kami beransur pulang ke rumah kembali. Tamat 1 Syawal 1433.

nota kaki: tahun ni tade bagi kad raya..huhu..sorang je dapat kad raya...
nota kaki kanan: nantikan hari seterusnya di bulan syawal..
nota kaki kiri: kalau dari bulan Ramadhan tulis blog camni kan best...huhu

2 comments

Anonymous August 30, 2012 at 8:00 PM

terima kasih kad raya :D

ShazwanZahry August 31, 2012 at 4:35 AM

ur most welcome ^_^

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER