Tarikh Melihat Anak Bulan


Dalam sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi sahaja untuk kita bertemu dengan bulan mulia bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang ditutup segala pintu neraka dan dibuka segala pintu syurga, bulan dimana kita diseru untuk mempertingkatkan amal dan beribadah.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit info yang saya perolehi berkenan dengan tarikh melihat anak bulan dan lokasi-lokasi yang terpilih untuk melihat anak bulan pada tarikh tersebut. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tarikh dan lokasi untuk melihat anak bulan Ramadhan jatuh pada hari Khamis, 19 Julai 2012 dan telah menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Pengisytiharan tarikh mula berpuasa akan disiarkn pada malam 19 Julai 2012.

Sebanyak 30 buah lokasi di seluruh negara sudah ditetapkan dan berikut adalah tempat-tempat untuk melihat anak bulan pada 19 Julai 2012:

Johor - Pontian Kecil

Melaka - Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara

Negeri Sembilan - Teluk Kemang, Port Dickson

Selangor - Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor

Perak - Pantai Pasir Panjang, Manjong

Pulau Pinang - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Kedah - Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar

Terengganu - Bukit Besar Kuala Teregganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu

Kelantan - Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu

Pahang - Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan

Perlis - Kuala Sungai Baru

W.P Kuala Lumpur - Menara Kuala Lumpur

W.P Putrajaya - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Sarawak - Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu

Sabah - Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER