[Wedding] Umairah & Anas


Cerita pengembaraan kat Senawang tu nanti la saya update lain. Ini ada yang lagi important! Sahabat saya sejak dari sekolah rendah sampai sekarang sudah pon menjadi isteri kepada Anas Rosedi. Nama diberi Umairah bte Esa merupakan kawan sejak dibangku sekolah lagi. Mula mengenali beliau sejak berumur tujuh tahun. Sekarang sudah berumur 23 tahun. Sudah mengenali beliau selama 16 tahun. Lama tu. Sangat lama.

Hari berlangsungnya akad nikah pada 15 Mac 2012 bersamaan dengan hari Khamis. Ramai sahabat bertanya kenapa dilangsungkan perkahwinan pada hari Khamis. Kan ke hari Khamis orang bekerja dan untuk kawan yang masih belajar tentu sekali ada kelas pada hari Khamis tersebut. Bagi saya biar la mereka nak langsungkan hari apa mereka nak kahwin. Janji saya dapat hadir ke majlis yang bersejarah ini.

Tapi yang tak bestnye, majlis saya dapat hadirkan diri tapi akad nikah, bersanding, dan makan beradab sume saya terlepas. Agak sedih disitu tapi tidak mengapa sebab saya berjaya hadirkan ke majlis perkahwinan sahabat saya ini. Alhamdulillah, semoga akan berkekalan hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya. Hihihi.


Umairah Esa pada hari tersebut sangat cantik kot. Jadi pengantin en, takkan la tak cantik plak. First time sy tengok beliau pakai mekap camtu sekali. Nama pon pengantin, kene la mekap sampai camtu sekali. Hehehe. Anas pon nampak segak. Even first time jumpe anas en. Saya kenal ngan Anas dalam facebook je. Tup tup dah jumpe depan mata. Hahaha. Sila jaga kawan saya yang sorang ni elok-elok ye Anas. Heheheh.

Terkejut tak bila tahu Umairah kawen? Mestila terkejut. Saya taw pon dari someone dan antara orang yang terawal juga la tahu. Untungla dapat tahu awal, bley sy prepare ape yg patot. Hehehe. Mule-mule memang dah dapat hidu dah masa pertemuan last raya tahun lepas tapi tak sangka pula akan kawen seawal ini. Dah jodoh kawen tahun ni. Hehehe. Tahun depan sape pula la agaknye. Saya? Saya lambat lagi la. Hahaha.

Sangat ramai orang datang pada hari tu dan saya duduk disitu makan sambil berbual ada la dalam 3 jam juga. Lama tu 3 jam. Tengok bola pon tak lama camtu. Almaklum la jumpe sekali sahabat handai sekali yang len dan juga cikgu-cikgu yang bertandang. Hehehe.

Last sekali sese photography bersama pengantin. Tak sah la kalau tak dapat nak amik gambar pengantin. Penat-penat ponteng kelas datang dari jauh en semata-mata untuk kawan saya yang sorang ni. Hehehe. Semua senyum berseri-seri nampak gusi tak nak kalah. Ntah sape pulak antara yang datang tu nanti kawen dulu en. Kita tunggu dan lihat.


Habes je amik gambar, masing-masing bawak haluan masing-masing tapi kami berenam berhenti dulu kat BP Mall. Sambung men bowling. Hehe. Lame dah tak men bowling. Siyes lame dah tak men. Baling pon ntah kemana, tapi takde la tempat corot en. Hahaha. Sampai sini dulu. Nanti saya update lagi. Salam.

nota kaki: lepas ni sambung plak cite pengembaraan kat Senawang.
nota kaki kanan: esok dah balik taman ilmu dan budi..hurm..


Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER