[Wedding] Cousin


lhamdulillah. Majlis akad nikah berjalan dengan lancar dan majlis walimah juga selamat dijalankan. Keluarga saya sudah semakin berkembang. Majlis akad nikah berlangsung pada hari sabtu 10 Mac 2012 dan walimah dijalankan pada hari berikutnya di dewan sekolah. Sekolah mana saya pun dah tak ingat sebab pergi dalam keadaan tergesa-gesa dan sesat nak cari dewan tersebut. Hehe.

Saya dan rakan-rakan sampai ke majlis tersebut agak lewat disebabkan hujan yang terlampau lebat di Cheras dan ditambah pula dengan sesat untuk mencari dewan yang dimaksudkan. Walaupun sampai agak lewat dalam pukul 3 petang, tapi tetamu yang hadir tetap tidak putus-putus. Rezeki datang melimpah ruah namanye tu. Hehehe.

Oleh sebab datang pun dah hujung-hujung, tidak dapat la saya merasa cendol yang diperkatakan oleh mama. Tiada rezeki namanya. Pak cik dan mak cik pula sibuk melayan tetamu yang tak putus-putus.


Sempat juga saya berjumpa dengan pasangan raja sehari. Muka berseri-seri tuu. Indahnya berkahwin. Pasangan pengantin sama padan. Even first time saya melihat muka pengantin lelaki tapi bagi saya sangat sepadan mereka berdua. Semoga hubungan perkahwinan kekal sehingga ke anak cucu cicit dan sampai ke mati. InsyaAllah. Semoga berbahagia sepupuku. Doakan disini pula ye. Hehehehe.

Lupa nak gtaw, majlis berlangsung di Senawang. Dan pengembaraan di Senawang tidak berakhir disitu saja. Ada lagi pengembaraan lain. Hehehe.

Entri ni belum habis lagi. Lek dulu. Tahun lepas juga ada sepupu saya yang berkahwin dalam bulan Desember. Saya pon dah tak ingat sebab dah lama sangat. *lamalasangat* Sepupu yang tahun lepas ni sepupu sebelah ayah pula. Sempat pegi majlis walimah sebelah lelaki je. Yang sebelah perempuan tak sempat nak pergi sebab sibuk mengaji di taman ilmu dan budi. Harap kak ain tak marah saya ye. Saya datang juga apa majlis sebelah lelaki. Hehehe. Jangan tak datang pula majlis saya nanti. *ehsayadahkenapa* Hahhahaha.

Seronok sebenarnya tengok orang kahwin ni. Muka tak lekang dari senyuman dan sentiasa menerima ucapan tahniah. Memang hari untuk raja sehari la katakan. Semuanya mesti gembira dan meriah-meriah je.

nota kaki: semoga kalian berempat sentiasa berbahagia disamping pasangan masing-masing..
nota kaki kanan: jangan lupa doakan orang disini juga~~
nota kaki kiri: bila la agaknya giliran saya??? =P

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER