Terlajak Highway...


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak highway kene tunggu exit seterusnya. Begitulah kejadian paling bersejarah yang telah dialami oleh saya dan juga co-pilot saya. Terlepas exit dan terus bergelak ketawa. Hahaha. Mungkin sudah ditakdirkan begitu sape tahu kan. Hehehe.

Nak dijadikan cerita, hari Isnin bersamaan dengan 26 Mac telah ditakdirkan untuk diri ini bersama co-pilot untuk pulang kedesa kampung halaman terchenta. Cuti semester la katakan, nama je cuti semester tapi keje banyak tak hengat, jadi terpaksa la pulang awal ke taman budi dan ilmu dalam minggu tu juga.

Sambung balik cite terlepas exit kat highway tadi. Hahaha. Memang peristiwa bersejarah la. Tak pernah-pernah dalam hidup saya terlepas exit highway tapi pada hari bertuah itu saya boleh terlepas pula. Khusyuk sangat agaknya saya drive sampai exit pon nampak sipi-sipi je. Tapi tidak apa, perjalanan masih perlu diteruskan. Takkan nak reverse plak en atau belok secara tiba-tiba, agak merbahaya disitu, dah la saya bawak anak orang. Keselamatan adalah paling utama semasa anda drive ye. Ingatlah orang tersayang. Heee.

Maka perjalanan diteruskan dan rehat sebentar di RnR berdekatan untuk menunaikan solat dan buat ape-ape yang patot. Selesai melawat tandas, isi perut dan solat, perjalanan diteruskan untuk sampai ke destinasi yang berikutnya. Lokasi setersunya adalah Parit Sulong. Exit seterusnya ialah Yong Peng. Yong Peng ke Parit Sulong tak jauh mana la. Kecik-kecik dulu dah selalu maen-maen kat situ. Hahaha *puyyoje*

Maaf ye co-pilot. Sebab saya tersasar anda lewat untuk jumpa keluarga tercinta. Promise len kali tak buat lagi dah. Nak kene letak GPS la kat dalam kete baru lah lebih aware dengan keadaan di sekeliling. Hehehe. Mari kumpul dana beramai-ramai.

Memori yang takkan dapat dilupakan. Hahaha. =)

nota kaki: nanti dah tua bley cite kat anak-anak...hahaha..


3 comments

Anonymous March 28, 2012 at 10:47 PM

esk kalau telajak lg cemane? :P

ShazwanZahry March 28, 2012 at 10:49 PM

kalau terlajak lagi esok, dah boleh pikir nak pasang sayap la kat kete...hehehe

syaq March 29, 2012 at 1:02 AM

ehem2...msti bahagiakn terlajak tp ada CO-PILOT....

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER