Pengembaraan Seremban


Cerita bermula selepas kami pulang dan beransur dari kenduri kawen sepupu saya dalam pukul empat petang. Ingatkan nak terus pulang ke taman budi dan ilmu tapi hajat ditangguh seketika. Perjalanan diteruskn ke bandar Senawang untuk menghantar external harddisk baru kepada kakak kawan saya yang turut serta pergi ke kenduri kawen. Total member yang ikut ada 3 orang campur saya ada 4 orang semuanya.

Lepas hantar external, masing-masing tidak ada arah tuju lalu terbuka dari mulut seorang kawan untuk merasa Burger Ijan yang sedang hangat diperkatakan. Masuk tv lagi tu. Alang-alang dah sampai Senawang, singgah sekali pergi Seremban ye dak. Perjalanan pun diteruskan ke Seremban dari Senawang dan berhenti seketika di Masjid Negeri untuk menunaikan solat fardhu zuhur. Jalan jauh-jauh tapi solat kene jaga juge maaa.

Usai solat, oleh kerana Burger Ijan yang diperkatakan tidak buka lagi maka perjalanan diteruskan ke Terminal 2 Seremban. Ada hajat seorang teman nak menonton wayang katanya. Terminal 2, first time sampai sini dan saya jarang turun jalan-jalan kat seremban maklum la takde sape nak teman. Hehehe. MBO, destinasi seterusnya lantas terus mencari tiket yang paling cepat nak mula. Tup tup cite John Cater tertera di skrin. Tanpa pikir panjang kami terus beli dan masuk ke panggung.

Orang kata cite John Cater best tapi ak siap boleh tertido 2-3 kali dalam panggung tu. Mungkin la penat sangat sampai tertido-tido dalam tu. Bukan penat ape pon. Penat makan kenduri tadi. Hahhaa. Rupenye bukan ak sorang yang tertido, sorang member ak lagi pon tertido gak. Nanti len kali cer try tengok lagi la John Cater ni. Hehehe.

And then kembali semula ke Masjid nengeri untuk menunaikan solat asar dan tunggu masuknya waktu maghrib. Usai solat maghrib, perjalanan diteruskan ke Burger Ijan. Masing-masing sume dah kepenatan. Duduk dalam kete lama sangat kot rasanya, tu yang penat. Sampai je kedai Burger Ijan, minum di order dan burger pon dah order. Tunggu kejap, order sampai, makan-makan, pastu terus balik. Balik lalu jalan dalam. Best tak burger Ijan? Nanti akan dicerita kat entri akan datang. Tunggu.

Balik lalu jalan dalam memang adventurous. Entah mana-mana hala jalan dah masuk, saya dah tak amik peduli sebab kepenatan dan silau tengok lampu yang banyak. Tapi gagahkan diri tak tido. Hehehe. Dalam sejam gak ikut jalan dalam then keluar highway. Pastu berhenti lagi makan jap, supper la org kata. Puyyo nak supper. Tapi ak tak makan ape-ape la. Minum air jer.

Dalam perjalanan pulang ke taman ilmu dan budi, ad someone kirim McD kat saya. Lapar katanya lepas study group. Alalala kesian dy penat study group lalu pon belikan la dy Mcd untuk dy dan teman. Hehehe. Berakhir sudah pengembaraan jalan-jalan Seremban. Hihihi.

nota kaki: lepas ni nak jalan negeri mengembara kat negeri mana plak ea?? heheh..

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER