[Movie] This Means War


Movie yang dibintangi oleh Tom Hardy, Chris Pine, dan Reese Witherspoon. Movie ni memang best bagi saya. Pada asalnya, saya telah pasang azam untuk tidak menonton mana-mana movie di pawagam pada semester baru ini tapi azam itu hanya tinggal azam. Mungkin akan diteruskan pada semester akan datang. Berbalik kepada movie ini. Siapa dah tengok This Means War? Yang belum tengok nanti tengok ye.

Movie ad bnyk genre. Dari action, jiwang, friendship dan ada yang saya tak ingat tapi siyesli cite ni memang thumbs up. Walaupun main movie hanya berkisar tentang dua jejaka tampan yang cuba untuk merebut seorang gadis perawan, tapi jalan cerita tu yang membuatkan cerita ni lagi menarik. Ditambah pula jejaka-jejaka tu bekerja sebagai spy. Memang segala macam jenis cara dalam spy digunakan bagi menambat hati seorang wanita. Memang terbaik!

Nak cerita semua ke? hahaha. Tak perlu rasanya sebab saya pon tak larat nak cerita sampai habes. Yang pastinye kalo nk taw jalan cite sepenuhnya, kene la tengok movie ni ye. Saya jamin movie ini tidak menghampakan anda semua. Selamat menonton!

nota kaki: movie ini ditonton untuk menemani rakan yang baru pulang dari jepun..kemaruk nk tengok movie katanya...
nota kaki kanan: tak silap gak...saya tonton movie dalam keadaan demam..tak sangka...

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER