Pengembaraan Sungai Pisang


Aktiviti pertama setelah cuti semester, mandi manda! Dah lama rasanya tak berendam kat air terjun. Lagi-lagi sekarang ni tengah panas, dapat berendam memanga sangat la ternikmat rasanya. Ditambah lagi dengan kesejukan semulajadi hutan alam fauna. Memang terbaik dan sangat sejuk sampai menggigil-gigil. Tak tipu punye!

Sungai Pisang merupakan destinasi untuk berendam. Siyesli tak sangka dekat Sungai Pisang ada air terjun yang sangat cantik! Sejuk mata kami memandang, tapi sejuk lagi air tempat kami berendam. Bertolak dalam pukul dua belas tengahhari dan sampai tak tahu bile sebab sampai-sampai terus terjun dalam air. Memang tersangatlah nikmat.

Tapi nak sampai air terjun terpaksa mengharungi onak ranjau berduri serta terowong gelap gelita. Tapi apalah sangat nak dibandingkan dengan keindahan air terjun Sungai Pisang. Perjalanan mengambil masa dalam tiga puluh minit mengikut anggaran kasar. Masing-masing dah tak tengok jam sebab masing-masing tak sabar nak masuk dalam air. Hahahaha!

Mula-mula sampai tak ada orang lagi. Main air puas-puas la masa tu. Tak kurang juga dengan bergambar. Almaklum la, bukan senang nak dapat view cantik camtu. Air tak terlampau dalam, setakat paras-paras dada je. Memang sesuai nak berendam tengah hari buta camtu. Tapi tak lama pastu ada orang pulak. Potong stim betol. Jadi kami berpakat untuk berpindah kelokasi lain.

Lokasi berikutnya lagi terbaik walaupun tidak ad air terjun tapi ada tempat untuk terjun. Masing-masing gila nak terjun dalam air. Macam-macam aksi bebas dibuat semasa terjunan dilakukan. Mandi punya berendam sampai tak sedar dah nak petang. Then ramai-ramai solat zuhur. Alhamdulillah, masih lagi ingat tanggungjawab sebagai seorang muslim.


Lewat petang baru kami beredar pulang. Merentasi hutan dan highway. Haaaa. Jalan tepi highway ramai-ramai. Kompem orang yang bawak kenderaan kat highway tu hairan kenapa ad budak jalan tepi highway. Mereka tak taw kami baru lepas berendam tak ingat dunia. Hihihi.

Sampai-sampai je taman ilmu dan budi, perkara pertama yang dibuat ialah mengisi perut! Lapaq baq hang. Dari  pagi tak makan la katekan. Begitulah cerita pendek pengembaraan Sungai Pisang. Ada masa lagi nanti nak pegi lagi. Hehehehe. Sekian.

nota kaki: semester baru sudah bermula..
nota kaki kanan: nampak nampak sendiri dalam expected graduating list...weeehuuuuu

nota kaki kiri: tidak lupa kepada Hairee selaku photographer kami. Thanks yaw!

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER