Cuti Hampir Tamat


Terasa sekejap sangat cuti yang diberikan. Walaupun sudah hampir tiga minggu tapi masih belum cukup untuk saya. Masih banyak lagi perkara yang belum dilaksanakan. Alahai cuti, kenapa la sekejap sangat. Bagi la satu minggu extra please. Alang dah kene naik hari rabu, apa salahnya bagi extra tiga hari cuti.


Sangat iri hati dengan adik sendiri. Cuti hampir sebulan. Sudah mula cuti dahulu, naik semester lambat pula. Bukan kata nak selaraskan cuti ke dulu? Sekarang apa sudah jadi? Haish. Banyak betul mengeluh pasal cuti ni, Macam tak bagi cuti langsung pula. Kalau langsung tiada cuti lagi la. Bersyukur la dengan apa yang diberikan.

Tapi tidak apa lah. Banyak juga yang dapat dilakukan sepanjang cuti ini. Tade la nampak sia-sia sangat cuti walaupun tiga minggu sahaja. Tidak seperti orang lain, cuti saya bukan la seperti orang lain yang menghabiskan cuti mereka dengan bercuti kesana-sini. Saya hanya menghabiskan masa bersama kebun dan bercucuk tanam sahaja. Oh terlupa, tidak lupa juga menonton drama dan anime. Hehehehe.

Waktu cuti saya banyak dihabiskan di kebun sahaja. Bukan buat apa pun, hanya meracun rumput-rumput yang sudah meninggi dan sudah membiak. Daripada upah orang lain untuk meracun, ada baiknya saya sendiri yang pergi meracun. At least dapat juga mengeluarkan peluh-peluh jantan ni daripada duduk rumah ternak lemak en. Hahahaha.

Bukan setakat itu sahaja, mama pon sekarang dah rajin bercucuk tanam. Mama tiba-tiba tukar angin nak tanam sayur-sayuran pula. Penuh sudah keliling rumah dengan sayuran. Bendi, kacang buncis, sayur bayam, pokok lada dan petola sedang hidup segar bugar. Seronok pula tengok sayur-sayuran ni membesar. Dah sampai masa tinggal petik je. Dapat makan sayur-sayuran yang segar tanpa racun perosak. Kan lagi elok begitu hehehe.

Nampaknya cuti tinggal berbaki beberapa hari saja lagi. Semester baru bakal bermula tidak lama lagi. Harapan dan semangat baru perlu dipupuk bagi menempuh semester baru yang sentiasa sibuk dengan esaimen dan juga projek. Ditambah pula final year project untuk semester depan, sudah pasti tidak punya masa yang banyak untuk bermain, =P

Selamat menyambung semester baru kepada rakan-rakan, selamat bercuti untuk mereka yang masih bercuti dan happy holidays kepada mereka yang baru mula bercuti, dan selamat bergraduasi kepada mereka yang sudah tamat pengajian. Cuti sudah habis bro. Sekian.

nota kaki: masih lambat lagi untuk saya tampat pengajian..entah bila la agaknye ye...

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER