Peribahasa Melayu


Entri kali ini lebih berilmiah sedikit kerana saya akan berkongsi cerita tentang peribahasa. Peribahasa yang mebuatkan anda tertanya betulkah peribahasa ini. Pernahkan anda terdengar akan peribahasa ini, "Harapkan pagar, pagar makan padi" dan juga "Bagai melepaskan batuk ditangga"? Mari sama-sama kita mengambil tahu serba sedikit tentang kedua-dua peribahasa ini.


Harapkan pagar, pagar makan padi


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa menggunakan pagar didalam peribahasa ini sedangkan mana ada pagar makan padi. Kalau fikir secara logik akal sekalipun memang tidak akan ada pagar yang memakan padi kerana pagar ini suatu subjek yang tidak bernyawa dan tidak memerlukan makanan. Kalau anda perasan, mana ada sawah padi yang berpagar, betul tak? =)

Tahukah anda, perkataan asal bagi pagar ialah 'pegar'. Pegar ialah seekor burung yang memakan biji-bijian dan juga serangga. Dengan kata lain, pegar digunakan oleh pesawah untuk menjaga sawah dengan memakan serangga perosak. Memang tepatlah dengan penggunaan pegar dalam peribahasa 'Harapkan pegar, pegar makan padi' dan bukanlah pagar.

Bagai melepaskan batuk di tangga


Bila fikir-fikir balik, apa kaitan batuk dengan makna peribahasa iaitu tidak melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh? Ada kaitankah? Langsung tiada kaitan rasanya. Perkataan asal bagi batuk ialah 'batok' dimana batok ini merupakan alat menceduk air untuk membasuh kaki yang diletakkan ditepi tangga. Batok itu perlu disangkut elok-elok bagi mengelakkan batok dari pecah.

Mengikut sumber pembacaan, kesalahan ini berlaku kerana silap penukaran dari tulisan jawi kepada tulisan rumi. Walaupun sudah ramai yang berkongsi tentang peribahasa ini tapi apa salahnya jika dikongsi sekali lagi, mungkin ada yang diluar sana masih lagi belum menyedari tentang peribahasa ini. ^_^

nota kaki: shoutmix dah tak boleh pakai...ada suggestion untuk chatbox lain tak? huhu



2 comments

Pejalan Angkasa January 18, 2012 at 6:15 PM

aq nak tulis pasal ni, tapi disebabkan ko dah tulis....aq kopipes aje eyh? hehehe~

ShazwanZahry January 18, 2012 at 6:23 PM

hehe..tade hal punye... ^_^

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER