Iklan Terbaik


Pernahkah andan melihat sesuatu iklan dan iklan itu membuatkan anda berasa sedih sehingga mengeluarkan air mata? Saya pernah dan saya tidak malu untuk mengaku saya menangis sesudah habis saya melihat iklan itu. Bukan senang untuk individu menitiskan air mata dengan hanya melihat iklan yang mengambil masa 3 hingga 5 minit. Iklan apekah yang saya maksudkan, sila tonton dan lihat video dibawah ini:



Iklan ini saya terjumpa hasil dari 'share' kawan-kawan di FB. Betapa kasih dan sayangnya seorang ayah kepada anaknya walaupun dirinya tahu bahawa anaknya tidak menyukainya kerana dia merupakan seorang ayah yang bisu dan pekak. Bayangkan betapa sabarnya seorang ayah dan kasihnya tidak ada penghujung. Ambil pengajaran dari iklan ini untuk kita menjadi insan yang lebih menghargai.


Iklan kedua ini saya terjumpa sendiri selepas saya melihat iklan diatas. Perkara yang sama berlaku keatas diri saya. Hebatnya seorang direktor untuk menghasilkan iklan seperti ini. Ayah yang menghidap tumor merakam video untuk anak yang bakal dilahirkan sesudah ketiadaannya. Kasih seorang ayah dan tidak kurangnya cinta dan sayang seorang ibu kepada anak dan suaminya.

Saya harap iklan-iklan seperti ini dapat dilahirkan di negara kita agar ramai orang lebih prihatin dan sedar akan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan ibu, juga tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka.

Sayangi keluarga anda kerana merekalah orang yang paling dekat dengan anda. Hargai mereka dan sayangi mereka.

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER