Fibox


Chatbox satu keperluang yang sememangnya agak perlu didalam sebuah blog dimana rakan-rakan blog boleh berinteraksi sesama mereka. Tidak kurang juga kepada mereka yang mahu mempromosi blog mereka sendiri dengan meninggalkan jejak di chatbox sesebuah blog.


Saya juga merupakan salah seorang pengguna chatbox tetapi chatbox yang saya gunakan sekarang ini sudah tidak menyediakan perkhidmatan yang percuma dan membuatkan saya runsing untuk mencari dan bertukar kepada chatbox yang lain.

Usai sudah blogwalking, saya terjumpa chatbox yang menarik hati dan perasaan saya. Fibox. Simple, kemas, senang cite kali pertama lihat terus terpikat. Cewaahh. Siyesli saya memang tertarik dengan fibox. Fibox ni masih baru rasanya tapi apa kesah, janji boleh guna dengan selamat cukup la. Jadi dengan ini saya mengesyorkan fibox kepada semua blogger di luar sana.

Antara features yang best bagi saya ialah kita diberi pilihan untuk filter mana-mana perkataan yang tidak mahu digunakan dalam chatbox dan juga boleh block mana-mana website yang anda tidak suka. Mungkin selepas ini akan ada banyak lagi features yang bakal di provide oleh fibox. Dan harapnya jangan berbayar juga selepas ini sudahlah. Hamba tidak punya wang untuk membayar service chatbox. Hamba bukanlah seorang blogger yang tegar.

nota kaki: selamat tinggal s******x, saya sudah jumpa pengganti anda.

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER