CCRN 3152

Alhamdulillah. Subjek CCRN 3152 Recreation II berakhir dengan jayanya petang semalam. Dengan itu berakhir sudah subjek untuk skill saya di Taman Ilmu dan Budi ini. Tak sangka, rasa macam minggu lepas je daftar masuk Taman Budi dan Ilmu ni, semester depan dah nak masuk tahun keempat bermakna sudah tidak punye banyak masa saya di tempat ini.


Sambung kisah hidup dalam CCRN 3152 dan CCRN 3151. Banyak kisah dan teladan hidup yang saya hadapi  sepanjang mengambil 2 subjek ni. Penat lelah, suka duka, pahit manis telah saya tempuhi. Tak dinafikan memang penat untuk hadapi semua ini tapi saya tidak menyesalinya kerana saya banyak dapat belajar benda-benda baru yang hanya ada pada 2 subjek ini.

Yang paling menarik ialah CCRN 3152, kerana saya dan kawan-kawan dapat ber'cuti' di Tasik Chini secara free. Tapi chalet hanya berbumbungkan langit dan bintang-bintang. Not bad ape. Dapat tengok bintang-bintang, dapat mandi air hujan tanpa dapat demam, dapat buat unggun api. Terbaik kot. Senang cite memang terlampau banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Terima kasih kepada tenaga pengajar dan juga teman-teman yang sama-sama menjayakan perkhemahan di Tasik Chini. Walaupun satu section sesat hampir 2 hingga 3 jam tapi kita dapat harunginya bersama dengan selamat dan selamat kembali pulang. Bukan senang nak dapat experience sesat dalam hutan ni. Lagi-lagi sesat kat Tasik Chini. Memang boleh buat modal nak cerita kat anak cucu la lepas ni. Hehehehe.

Sir Ahmad Nazrey Bin Shamsudin selaku tenaga pengajar untuk CCRN 3151 dan CCRN 3152, akan saya praktikan segala apa yang diajar. Cikgu memang terbaek la walaupun ad skali tu nampak garangnya tapi cikgu memang terbaik la. Semoga murid selepas ini mendapat manfaat yang sama dari cikgu.

Lepas ni dah boleh fokus untuk final examination dan final year project untuk semester mendatang. Sangat berharap untuk buat lebih baik dari semester yang sudah. Dan untuk semester ini bakal menduduki paper yang membuatkan saya trauma kalau tak lepas lagi paper ni. Kene struggle lebih la jawapnya.

Sampai sini dulu ulasan untuk entri ini. Sudah lame sangat tidak ber'update' blog ini dan akhirnya adalah juga benda yang dapat nak dicerita. Sampai bertemu kembali. (poyo macam ad orang nak baca je)

//penat lelah bersihkan blog yang berhabuk dan penuh dengan sawang

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER