Review: Real Steel

Real Steel is seriously awesome! Bermula dari awal cerita hingga ke plot peleraian sangat-sangat menarik. Movie yang dipenuhi bukan setakat dengan aksi tetapi ada juga babak-babak sentimental dimana menunjukkan betapa eratnya perhubungan pertalian darah diantara ayah dan anak biarpun tidak pernah berjumpa.


Watak utama Hugh Jackman memegang watak Charlie Kenton merupakan bekas seorang peninju yang terkemuka satu masa dahulu. Oh lupa nak bagitaw, Hugh Jackman ni berlakon juga dalam filem X-Men memegang watak Wolverine. Sekadar info untuk siapa-siapa yang masih belum tahu.

Nak cerita full details dalam movie ni pon tak boleh sebab ada member tak tengok lagi. So saya sedang cuba untuk tidak menjadi spoiler kepada mereka yang terlibat. Cepat-cepat la tengok yer sebab tidak rugi anda menonton filem ini.

Pendapat saya, filem ini sangat-sangat cool sampai saya rasa filem ini adalah filem terbaik pernah saya tonton selepas Transformers dan Fast Five. Babak aksi yang diselangi dengan babak-babak sentimental membuatkan penonton terbawa-bawa dalam filem tersebut. Seriously saya sangat excited semasa menonton filem ini dari awal hingga akhir sehinggakan member sebelah gtaw saya sangat excited tengok cerita tu. Bayar mahal-mahal kalau tak feeling tengok cerita nak buat apa en. It's worth watching!

Kepada yang belum menontong filem ini, bawak-bawaklah tengok ye. Feel tengok wayang dengan feel tengok kat computer dan laptop sangat-sangat berbeza. Bukan lah bermaksud untuk tengok semua cerita kat cinema tapi untuk cerita-cerita yang dapat rating tinggi saja. Dijangka pada tahun 2014 akan ada Real Steel 2 dan saya sangat berharap Max Kenton touch up sket ATOM dy bagi nampak lagi cool. Saya bagi 9.9/10 untuk Real Steel kerana membuat saya excited dari awal sampai habes. 2 jam 10 minit terasa sekejap. ^_^

nota kaki: ada movie best lagi tak? hehe

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER