Kemiskinan


Miskin. Saya pasti semua orang tahu miskin tu apa. Untuk entri kali ini, saya akan cerita perkara yang berkaitan dengan miskin.

Miskin ni bukan dari segi harta sahaja malah termasuk juga dari miskin budi pekerti, akhlak dan juga tingkah laku. Tapi fokus saya untuk hari ini adalah miskin harta. Percayakah anda kemiskinan merupakan masalah utama? Tidak? Pastikah dengan jawapan anda?

Ok. Bila miskin, pasti susah untuk mendapatkan makanan walaupun untuk sehari. Bila tiada makanan, manusia akan berasa lapar. Bila sudah berasa lapar, pasti hendak mencari makanan. Tapi mana nak cari makanan? Masjid atau surau? Itu pun kalau ad orang bermurah hati bagi sumbangan. Meminta simpati jiran sebelah? Kalau dah tiap-tiap hari mintak, perasaan segan kepada peminta dan meluat kepada pemberi akan timbul. Betol tak?

So apa alternatif bagi orang yang lapar ditambah pula dengan ketiadaan duit? Mencuri jalan paling senang. Bila dah lapar, halal haram semua letak tepi. Iman orang sekarang bukan macam iman orang dulu-dulu, sanggup berlapar dari melakukan dosa. Itulah yang munculnya kes ragut, merompak, menyamung, pecah rumah dan seumpama dengannya. Punca paling ketara adalah kemiskinan. Setuju?

Contoh lain, untuk orang perempuan plak. Dah la pendidikan tade, duit plak tade, nak kerja pon orang tak terima, last-last jual badan tepi jalan. Dah tu jer yang mampu. Ni semua sebab nak isi perut yang kelaparan akibat dari kemiskinan. Ok fine, banyak lagi kerja lain boleh buat selain melacur diri en, tapi ramai ke yang pikir camtu? Kalau anda berada ditempat mereka, adakah anda sempat nak berfikir seperti sekarang? Bila perut dah lapar, otak pon akan terkesan gak.

Kalau saya sendiri pon tak jamin apa yang saya akan buat kalau saya miskin tambah perut lapar di waktu hujan pula. Mintak-mintak dijauhkan.

Jadi apa solusi untuk membasmi kemiskinan? Solusi dah ad dah, cuma aplikasi atau tak aplikasi jer. Zakat dan sedekah. Kalau sorang tiap-tiap tahun bayar zakat dan zakat tu dibahagikan kepada mereka yang berhak, insyaAllah masalah kemiskinan ini dapat diatasi. Tapi tak boleh la nak kata 100% terbasmi, dan sebab itu lah ada solution kedua, sedekah. Sebagai orang Islam, kita kene ingat satu benda, rezeki atau harta yang kita dapat bukan semuanya untuk kita. Rezeki yang diperolehi itu sepatutnya dikongsi bersama dengan orang lain terutama mereka yang memerlukan. Itulah sebab gak, kalau buat kenduri, kene jemput 40 jiran depan, belakang, kiri, kanan rumah kerana ada diantara mereka tidak cukup makan atau tidak berkemampuan. Sama gak macam daging korban, diutamakan untuk bahagi kepada orang miskin.

Tapi sekarang ni en, isu hangat sekarang ni pasal hudud. Alang-alang dah tercerita ni en, teruskan jer la. Hudud tu hukum yang datang dari dalam Al-Quran dan sememangnya tak boleh nak dinafikan. Tapi cuba kita tengok balik kepada masalah-masalah yang menyebabkan jenayah itu jatuh hukum hudud. Zina, mencuri, merompak, semua masalah ini ada berkaitan dengan apa yang saya ulaskan diatas. Cadangan saya, apa kata cuba basmi dulu kemiskinan dan apabila kemiskinan sudah dibasmi tetapi masih ada juga jenayah-jenayah sedemikian, barulah tindakan hudud itu diambil.

Pelaksanaan hudud sebenarnya ada banyak langkah sebelum betol-betol jatuh hukum tersebut. Contohnya orang berzina. Untuk betul-betul untuk menjatuhkan hukuman atas kesalahan zina, perlu mengemukakan empat orang lelaki beragama Islam yang tidak berterusan melakukan dosa kecil, kemudian mestilah disaksikan dalam keadaan jelas dan sedang berlaku di depan mata. Susah atau senang nak cari empat orang tersebut? Fikirlah sendiri.

Saya hanya mengemukakan pendapat dan juga cadangan. Saya juga manusia biasa tak lepas dari melakukan kesalahan. Jika ada kesalahan dalam penulisan saya, harap diperbetulkan dan ditegur.

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER