TIESTO!!

Ok tak nak tulis panjang lebar kerana satu je nak cakap kat sini TIESTO sangat SEDAP!!! Seriusli the best ever burger saya pernah makan. Even kene tunggu lama disebabkan ramai pelanggan tapi masa menunggu itu sangat berbaloi bila TIESTO berada dimulut anda.

TIESTO ni bukan nama gerai tetapi nama burger yang menggunakan daging kambing. Purely daging kambing. Sampai sekarang masih terasa kelazatan daging kambing yang memang sangat sedap sampai tak terkata sedapnya. Ok, biasanya sayalah antara orang yang terawal menghabiskan makanan tetapi saya adalah orang terakhir yang menghabiskan TIESTO. Saya sangat menikmati TIESTO sampai tak ingat member dah lama habis makan.

Burger Bob nama popular gerai tersebut terletak di kawasan Keramat. Dekat dengan tempat saya belajar. Tapi customer yang menuggu Burger Bob sangat ramai menandakan burger yang dijual disitu sangat sedap tak terkata. Orang pun sanggup menunggu walaupun terpaksa berdiri.

Percayalah! Burger Bob is the BEST!! Tengok gambar kat atas pun dah taw en. Cepat-cepat serbu Burger Bob. Jangan lupa order TIESTO!!!!

2 comments

Anonymous September 21, 2011 at 12:09 AM

berapa harganya bang?

Cik Peanut September 23, 2011 at 1:12 AM

waaa. sedap. lapar lak memalam buta ni~

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER