Selamat Hari Raya!!! Merdeka!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah dapat sekali lagi kita dapat merasa indahnya suasana Hari Raya dan turut juga menyambut Merdeka di negara Malaysia yang tercinta ini. Alhamdulillah negara kita masih aman dan damai. Semoga keamanan ini dapat berkekalan sampai bila-bila.


Akhirnya, dapat juga saya menjengah blog saya yang tidak seberapa ini. Almaklum la, jalan beraya dari hari pertama sampai lah hari yang keenam. Sakan betul raya tahun ini. Dari hari pertama ziarah sanak saudara, dari hujung kampung ke kampung seberang, dari satu daerah ke satu daerah, dari satu rumah ke satu rumah, alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan saudara sekali dalam setahun. Kalau tiada raya maka tiada peluang la mahu berjumpa dengan mereka.

Dapat duit raya tak? Hahaha, ada sikit, orang dah bagi, kene la terima. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Untung-untung boleh buat topup. Bila la pula saya yang nak memberi ni, asyik menerima je, insyaAllah tak lama lagi.

Raya tahun ini agak unik kerana raya kali ini juga disambut dengan hari kemerdekaan negara kita untuk kali ke 54. Memang bertambah meriah la jawabnya. Kalau selalu orang je yang ada pakai baju baru, tapi sekarang kenderaan pun ada. Tapi bukan la cat baru.  Kering poket pula kalau cat baru. Maksud saya, semua kenderaan dihiasi dengan jalur gemilang. Jalan raya nampak meriah bila kereta dihiasi dengan jalur gemilang menyusur di atas jalan raya. Kalau dikampung ditambah pula dengan pelita yang tersusun rapi di tepi jalan. Sangat sangat sangat meriah. Syukur Alhamdulillah. ^_^

Dikesempatan ini, saya sebagai empunya tuan blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin terutamanya kepada readers blog ini, sahabat handai, tenaga pengajar, sanak saudara dan seluruh umat Islam di dunia ini. Salah dan silap harap dimaafi andai entri yang ditulis selama ini ada mengguris hati dan merobek perasaan sesetengah individu. Sesungguhnya saya hanyalah manusia yang lemah, tidak sempurna dan tidak lari dari membuat kesilapan. Semoga Ramadhan yang telah kita lalui memberi seribu makna kepada kita dan juga semoga Syawal tahun ini lebih bermakna dari tahun yang sudah. Dan juga selamat menyambut Kemerdekaan kali yang ke 54. Semoga kemerdekaan yang telah kita kecapi berkekalan dan hingga ke akhirnya.

Raya raya juga, tapi jangan dilupa orang yang susah. Didalam kita menyambut hari raya, masih ada juga yang masih merana mencari sesuap nasi. Mereka tiada baju baru, mereka tiada hidangan yang seenak rasa, apalah kiranya jika kita membantu mereka yang didalam kesusahan. Paling tidak pun dapan kita mengurangkan beban mereka dan sama-sama menyambut Hari Raya seperti insan yang lain. Mereka juga ada keinginan untuk beraya dan berseronok di bulan Syawal ini.

Akhir kata, meriahkan la Syawal anda pada tahun ini. Jangan lupa untuk menziarahi sanak saudara, sahabat handai, pak cik mak cik, guru-guru dan juga mereka yang penting dalam hidup anda. Yang tak penting nak pegi gak pun boleh. Sekali lagi dari saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

nota kaki : habis je tulis entri ini, saya pegi sambung beraya..nampaknya tiap-tiap hari berjalan...huhu..
nota kaki kanan : blogspot ada interface baru la...i like...ekekeke...

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER