Rumah Terbuka

Masih lagi dalam mood raya walaupun raya sudah hampir dengan penghujungnya. Bila raya semestinya ada rumah terbuka dan seperti biasa memang banyak rumah terbuka dianjurkan oleh kawan sehingga tak dapat menghadirkan diri ke setiap rumah terbuka. Indahnya Hari Raya. =P

Lama sangat sudah tidak meng'update' blog. Sejak bermulanya raya sehingga saat ini, ini adalah entri kedua saya semasa menyambut hari raya. Dalam masa yang sama juga saya sudah pun memasuki semesti baru untuk tahun ke tiga semester ke dua. Cepat sungguh masa berlalu. Hanya tinggal satu tahun saja saya berada di taman ilmu ini. Harapnya semua berjalan lancar di fasa-fasa terakhir ini.

Alhamdulillah pada tahun ini setelah sekian lama akhirnya saya dapat juga beraya dengan kawan-kawan sekolah. Boleh dikatakan memang tak pernah ber'reunion' atau beraya bersama selepas sahaja tamat peperiksaan awam SPM. Sangat lama sampai ada diantara mereka tak kenal pun siapa saya. *low profiles ebenarnya* Sangat-sangat gembira kerana banyak kisah dan cerita yang dikongsikan dan ada diantara mereka juga sudah ada anak berusia 3 bulan. Saya ni bila la pula kan. Tunggu jer la. =P

Dalam 3 hari berturut-turut yang lepas, saya tidak mengeluarkan walau satu sen untuk membeli makanan kerana semua makanan ditampung oleh rumah rumah terbuka. Kenyang tak? Jangan ditanya kalau tiap-tiap hari balik bilik dalam pukul 1 pagi. Memang terlebih kenyang la saya dan kawan-kawan.

Kepada kawan-kawan yang menginvite saya mengahadiri rumah terbuka mereka saya ucapkan banyak-banyak terima kasih dan kepada rumah-rumah yang saya tidak dapat hadirkan diri saya minta maaf banyak-banyak. InsyaAllah tahun depan saya cuba datang. Jangan tidak jemput pula tahu depan.

Rasanya cukuplah sebagai permulaan setelah sekian lama tidak berblog. Semoga hari hari anda ceria selalu. ^_^

nota kaki : terlampau kenyang sampai tak tahu nak buat apa..teruk teruk teruk =P

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER