Munjung

Alhamdulillah. Selesai sudah munjung untuk tahun ini. Munjung? Apa tu munjung. Tak pernah dengar pon? Makanan kah? Atau permainankah? Apakah itu munjung.

Munjung dalam bahasa kasarnya boleh lah diertikan sebagai memberi juadah hari raya kepada saudara terdekat dan juga jiran tetangga. Untuk lebih terperinci, munjung boleh juga dianggap tradisi tapi tidak bermakna ia wajib dibuat oleh semua keluarga. Kalau keluarga itu berkemampuan dan ada rezeki lebih, boleh lah dikongsikan rezeki itu bersama keluarga yang lain.

Munjung tidak ada masa atau waktu yang tertentu dan boleh ikut kelapangan masa. Pada kebiasaannya munjung dilakukan pada akhir-akhir bulan Ramadhan dan juga diawal bulan Syawal. Seronok sebenarnya bertukar-tukar juadah Hari Raya ni. Secara tak langsung kita dapat merasa masakan orang lain. Selain itu, jika rumah itu ada anak dara, dapat la kita tahu yang anak dara tu pandai masak. Ok yang itu saya gurau saja.

Menu untuk munjung pon tidak la ditetapkan. Tak ada yang mengatakan wajib ada rendang, lodeh dan sebagainya. Apa-apa jenis juadah juga boleh. Bermulah dari ketupat sampai lah ke kuah kacang. Nak bagi nasi beryani or nasi minyak pown boleh. Nasi ayam pown boleh. Pada kebiasaannya  orang akan menyediakan juadah Hari Raya untuk munjung.

Sekarang ni dah ada versi baru untuk munjung. Kalau dulu-dulu, masakan untuk munjung ni akan dimasak sendiri oleh ahli keluarga. Malam nak munjung siap ar semua bertungkus lumus kopek bawak, kupas kentang, potong lada kering, kisar segala bahan yang ada, goreng ayam, anyam ketupat dan macam-macam lagi la. Memang meriah la malam tu. Lagi-lagi kalau buat malam raya, diselangi pula dengan suara takbir. Syahdunya.  Ok2, berbalik kepada versi baru. Zaman sekarang ni biasa la. Sibuknya bukan main. Nak dapat cuti pown susah. Kerja sampai lewat malam. Nak cari barang pon susah sebab parking penuh dan macam-macam lagi. Tapi nak juga buat munjung ni, so mereka sebegini ambil jalan alternatif lain untuk mengupah orang lain memasakkan untuk mereka. Boleh jugaklah. Ramai dah buat style camni. Tak tahu la 10 tahun akan datang buat camne plak. Dah siap juadah tu, pergilah kami dari rumah ke rumah jiran dan sanak saudara terdekat untuk menyerahkan juadah tersebut. Itulah orang panggil munjung di tempat saya. =)

Ermm. Saya tidak pasti sama ada munjung ini dipraktikan disemua tempat atau tidak, tapi di kampung halaman saya, memang masyarakat disini mempraktikannya. Masyarakat disini tu dimana? Di kampung saya la, Batu Pahat, Johor. Rasanya semua daerah didalam negeri Johor tahu apa itu munjung. Mungkin dinegeri-negeri lain ada juga tapi berbeza panggilannya.

Tapi, ada orang berpendapat munjung ni membazir. Kan ke elok simpan duit untuk menyediakan masakan itu untuk keperluan di masa depan. Cop. Minta tolong sangat-sangat untuk mereka yang pernah terpikir sebegini mengubah persepsi anda. Anggaplah munjung ini sebagai bersedekah. Orang yang bersedekah ini tidak akan kurang hartanya, malah akan bertambah, pahala pon dapat. Alhamdulillah. Munjung itu tidak wajib pon, tapi kalau ada rezeki apa lah salahnya dikongsi. Bersedekah itukan amalan mulia. ^_^

Syawal dah nak dekat, Ramadhan dah nak abes. Ambil lah peluang di akhir Ramadhan ini untuk merperbanyakkan lagi amal jariah dan tingkatkan amalan kita. Anggaplah Ramadhan ini Ramadhan terakhir untuk anda. Sekian sahaja dari saya, Salam.

nota kaki: belum ada baju raya lagi ni, mana nak cari ea? wuuuu 

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER