Kad Raya

Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa pada fasa terakhir ini. Entri kali ini berkisar tentang kad raya. Menjadi kebiasaan untuk kita bertukar kad raya sesama rakan dan juga sedara mara tetapi semakin lama kad raya ini kian dilupakan. Mungkin atas faktor usia dan juga ketiada lapangan masa.


Adakah saling bertukar kad raya itu sebagai tradisi atau suka-suka? Pada saya yang mana-mana pun tidak apa kerana apa yang penting kita gembira apabila menerima kad raya. Tak begitu? Tipu la anda tak gembira kalau dapat kad raya. Hehehehe.

Setelah beberapa tahun saya tidak mengirim kad raya, akhirnya tahun ini saya telah mengirimkan kad raya kepada mereka yang saya sempat. Yang tak sempat tu saya minta maaf banyak-banyak yer. Mungkin dilain tahun, tapi kalau ada yang nak gak, nanti saya kirimkan by hand. Hehehehe.

Hari Raya pown dah nak dekat, puasa pown dah nak habis. Terasa sayu plak hari-hari terakhir Ramadhan memikirkan masih adakah lagi Ramadhan untuk hamba ini pada tahun hadapan. Sama-sama la kita berdoa semoga masih ada lagi Ramadhan untuk kita semua pada tahun berikutnya.

nota kaki: kepada mereka yang tak dapat kad raya tu jangan marah ea, nanti tahun depan saya hantar =P
nota kaki kanan: tak lama lagi nak 'munjung'..apa tu 'munjung'? Ikuti next entri saya. ^_^

2 comments

misznina August 25, 2011 at 1:42 PM

tak aci, tak dapat kad raya! ganti dengan duit raya!

ShazwanZahry August 26, 2011 at 6:13 AM

hahaa..maaf la..me not have ur address..
next year k.. ^_^

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER