Salam Ramadhan

Alhamdulillah, bertemu juga kita kembali dengan bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan dimana semua syaitan dan jin telah diikat dan dibukakan segala pintu kebaikan. Alhamdulillah. Rebutlah segala kebaikan didalam bulan Ramadhan, tingkatkan amal kebajikan dan tinggalkan kemaksiatan.

Bulan Ramadhan boleh dianggap bulan bonus pada diri saya kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan digandakan pahala kita. Buat sedikit amal kebajikan, ganjaran akan digandakan, jika banyak amalan kebajikan yang kita lakukan, maka berganda-ganda lagi ganjaran yang akan diberikan. Untung kita kerana diberi peluang yang sebegini hebat sekali.

Bukan setakat itu sahaja, dalam bulan Ramadhan ini ada satu malam, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam lailatulqadar. Disamping kita mempertingkatkan amal kebajikan kita, marilah sama-sama kita mencari malam Lailatulqadar. InsyaAllah.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat menyempurnakan ibadah berpuasa kepada readers, sahabat handai dan kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari bulan Ramadhan yang sudah. Amiiin.

Saya juga sertakan niat puasa untuk sebulan Ramadhan dan juga niat harian serta doa untuk berbuka puasa.

Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa(+/-)

1. Niat puasa sebulan Ramadhan 

 Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan kerana Allah ta'ala

2. Niat puasa seharian. 

 Sahaja aku berpuasa esok hari didalam bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah ta'ala

3. Doa berbuka puasa.

Akhir kata, selamat berpuasa dan selamat beramal. ^_^

1 comment

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER