New Family Members

Cop2, jangan buat apa-apa andaian sebelum habis membaca entri in ye. Entri ini juga tidak ditujukan khas untuk sesiapa kerana entri ini hanyalah sebahagian dari kisah hidup saya. ^_^

Entri ini berkisar tentang kisah hidup kucing-kucing saya yang sangat disayangi. Hahahaha. Detik lebih kurang jam 12.30 pagi waktu tempatan bersamaan dengan 14 July 2011, terdengar suara jeritan mama di luar rumah. Saya terus bergegas mendapatkan mama takut-takut ada kejadian tidak diingini berlaku dan alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diigini terjadi tetapi saya tertegun. Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?


Cantik (nama kucing) sedang mengalami proses pemberanakan. Tidak kusangka masanya telah tiba. Tidak banyak pendarahan berlaku tetapi Cantik kelihatan sangat lemah. Lalu bergegas mengambil kotak terbiar beralaskan helain-helain suratkhabar lalu Cantik diletak kedalam kotak itu untuk meneruskan porses pemberanakan. Nasib baik dalam kampung saya ni takde bidan haiwan, kalau ada dah lama saya kayuh basikal pergi jemput cik bidan tengah-tengah malam buta tu. =P

Ini merupakan kali pertama saya melihat secara siaran langsung kucing melahirkan anak. Jakun? Ye, saya memang jakun sebab saya tak pernah lihat sebelum ini. Kalau pernah pown dalam Discovery Channel, tu pown bukan kucing, tapi singa, kuda, kuda belang, seladang dan sebagainya. Honestly memang excited gile sampai post kat facebook. Hahahaha.

Ingatkan proses berjalan dengan lancar, tetapi tiba-tiba Cantik lompat keluar dari dalam kotak. Mungkin terlalu kecik kotak yang diberikan. Proses pemberanakan masih diteruskan dan ternampak kaki bayi kucing telah kelihatan. Sedikit demi sedikit bayu keluar sehinggalah separuh badan bayi kelihatan. Tidak ada sedikit bulu pown kelihatan semasa ini dan hanya badan si bayi yang kebiruan. Saya yang tak tahu apa-apa terus dilanda kerisauan. (macam bini saya plak kucing ni)

Tiba-tiba Cantik bangun dan terus beredar sambil bayi yang belum terkeluar masih tergantung dan terhuyung hayang dibawa Cantik. Cantik hilang dalam kegelapan malam. Saya biarkan saja ianya pergi, mungkin tidak selesa untuk beranak sambil diperhatikan oleh kami. (malu la tu kot =P )

Sejam kemudian terdengar bunyi ngiauan anak kucing. Ini menandakan anak kucing telah selamat dilahirkan tetapi saya tidak tahu dimana lokasi anak kucing tersebut kerana terlalu gelap. Saya mengambil keputusan untuk mencarinya pada keesokan paginya.

Esok pagi saya merayau sekitar rumah nak cari anak kucing punye pasal tapi tak jumpa-jumpa. Sampai lah saya ternampak sekujur bentuk tubuh anak kucing berwarna hitam ditinggalkan bersendirian. Hati terasa sebak kerana menyangka bayi kucing itu sudah tidak bernyawa. Tiba-tiba anak kucing itu bergerak dan memberi sedikit harapan untuk anak kucing ini terus hidup. Lalu bergegas mencari cantik untuk diberikan kepadanya. Akhirnya saya terjumpa cantik dibawah rimbunan pokok bunga menjalar (tak taw nama poko apa) dan bergegas mendapatkan anak kucing tersebut pada Cantik.

Alhamdulillah dapat menyelamatkan lagi satu nyawa. Anak kucing itu akhirnya dapat menyusu susu ibunya dan berharap anak kucing itu akan terus sihat hingga akhir hayatnya. Oh ye, jumlah anak kucing adalah dua ekor. Seekor hitam dan lagi satu oren. Setakat ni belum ada nama yang diberikan. Family saya dah berkembang~ Hehehehe ^_^

Kid

nota kaki : gambar cantik takde sebab tak pernah snap gambar cantik lagi.
 
nota kaki kanan : entri bersih belum jadi nak buat lagi..hehehe..mungkin buat atau tidakkah?

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER