Kesan Drama dan Movie di Tanah Air


Apa yang boleh dikatakan disini ialah memang tidak dinafikan drama dan movie yang dilahirkan telah semakin berkembang dan mempunyai respons dan juga pulangan yang bagus. Tahniah diucapkan kepada pengarah, direktor, pelakon-pelakon dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Movie yang terbaru Sekali Lagi KL Gangster dengan kutipan sehingga RM 10.3 juta. Memang tidak dinafikan sangat lumayan kutipan yang diraih. Tidak kurang juga drama Juvana yang sudah berakhir juga telah menarik bilangan penonton yang ramai. Lihat saja di laman-laman sosial tidak kira 'facebook' dan 'twitter' , pasti saja akan ada orang meng'update' apa yang terbaru didalam drama tersebut.

Namun adakah kita sedar bahawa cerita-cerita sebegini telah membawa kesan buruk keatas segelintir rakyat di Tanah Air kita ini. Mungkin kesan buruk ini masih lagi tidak kelihatan disegenap lapisan tetapi jika dibiarkan, lama kelamaan ia akan menjadi bertambah buruk dan kemungkinan besar tidak dapat dikawal lagi.

Situasi 1
Guru bertanyakan kepada murid-muridnya sewaktu sesi PnP didalam kelas.

Guru "Sekarang cikgu nak tanya apakah cita-cita kamu apabila kamu semua sudah besar nanti. Ok kita mulakan dari Asyraf. Silakan Asyraf."

Asyraf menjawab "Saya nak jadi Juvana cikgu."

Guru tadi tergamam seketika "Janganlah jadi Juvana, jadilah angkasawan atau guru ke. Baiklah teruskan dengan murid disebelah."

Kamil "Saya pula nak jadi Gangster cikgu macam dalam cerita KL Gangster. Best cikgu."

Guru tadi hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja.

Situasi 2
"Kau menyalak sangat kuat ar, serupa anjing, ko tau tak!"

"you sembang serupa BANGSAT"

"Lu siapa ni wa mau goyang."

"Bila-bila masa wa bley pancung sama lu!"

Berdasarkan situasi pertama, kalaulah apa yang dikatakan murid-murid itu merupakan keinginan mereka, bukankah ianya akan memberi kesan buruk apabila mereka dewasa kelak. Pergaduhan akan bermaharajalela di setiap tempat. Jenayah semakin bertambah sehingga tidak terkawal. Ya, mungkin kita akan memberi respon yang itu hanyalah semasa zaman kanak-kanak mereka tetapi macam-macam boleh berlaku semasa mereka membesar.

Situasi kedua pula adalah dialog-dialog yang digunakan dalam movie KL Gangster. Kalau kita dengar dalam movie memang tak rasa apa-apa. Tapi bukankah tidak sedap didengar jika ia kerap kali diulang oleh kanak-kanak yang tak tahu apa-apa. Saya sendiri dengar pown tak suka, dah benda tue memang bukan benda yang tak elok, memang tak sedap la nak didengar. Manusia fitrah dia suka benda yang baik jer. Jika dibiarkan situasi ini berlarutan, mungkin dialog sebegini akan diguna pakai kepada keluarga mereka. Tak ada orang yang suka. Kalau ada orang yang suka pown cuma hanya segelintir sahaja.

Sekarang ni siapa yang nak dipersalahkan? Movie? Mungkin. Tapi kalau movie tak ada, tak dapat la produksi-produksi dalam tanah air kita ni nak cari makan. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah mengawal kelakuan kanak-kanak ini. Nasihat dan bagitahu mereka yang apa mereka buat itu tidak elok. Jika disekolah pula, guru perlu la memainkan peranan tapi jangalah sehingga merotan murid-murid. Guna pendekatan baik, cakap elok-elok, bagi contoh yang baik, InsyaAllah murid-murid dapat menerima dengan baik juga. Tapi kalau belum apa-apa lagi dah tengking, memang melawan la murid-murid tu. Fitrah manusia semuanya suka yang baik jer. Jadi gunakanlah cara yang paling elok sekali untuk menegur dan menasihati mereka.

Saya menulis ini kerana saya mengambil berat akan masa depan kanak-kanak ini. Jangalah kerana sesebuah cerita, kanak-kanak ini menjadi semakin nakal dan tidak terkawal. Ingat! Mencegah lagi baik dari merawat. Cegah sebelum perkara yang lebih buruk akan berlaku.

nota kaki : missing someone~
nota kaki kanan : anak kucing semua dah mati...KID gigit..jahat gak KID ni, tengok KL Gangster ngan Juvana la ni... T_T
nota kaki kiri : result dah keluar...apa cer kawan-kawan sekalian...

4 comments

apam balik July 23, 2011 at 10:17 PM

nice article from abang beru!
tak macam blog sorang mamat tu..ayat merapu jew..hahahahah

ShazwanZahry July 23, 2011 at 10:55 PM

huhu...blog hamba ini biasa-biasa sahaja..tidak dapat mahu menandingi otai-otai blogger yang lain ^^

afiq July 23, 2011 at 11:55 PM

Pendapat yg bernas bro!
tp bagi aku semua ni bermusim je kot, nnt kalau keluar cerita baru yang ada pickup line best2 ke, diorg ikut yg tu pula..
biasa la bebudak, mudah terikut-ikut, x gitu? hehe

ShazwanZahry July 27, 2011 at 9:39 PM

btol2...
tapi takut la ada yang tersangkut..manusia kan macam2 perangai ada =P
hopefully btol la apa yang saudara afiq katakan..peace yaw!

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER