Biro Tandas


Biro Tandas. Agak-agak apa yang orang pikir pasal biro tandas ni kalau mereka baru pertama kali dengar? Honestly, masa first time 'Biro Tandas', memang otak trigger segalanya tandas. Segalanya tentang tandas. Bau, kotor, busuk dan yang lain-lain. Aigoooo. (dalam hati terpikir kenapa diberikan tugas sebegini)

Biro Tandas ni adalah sekadar nickname saja. Dapat nickname disebabkan banyak isu berbangkit disebabkan tandas. So secara langsung atau tidak langsung, nama itu melekat jadi Biro Tandas. Nama asal biro tandas ni LSS (Logistic, Secure & Service). Nama sikit punya sedap ni last-last dapat nama biro tandas. Tidak profesional langsung. Tapi apakan daya, asalkan tahu nama asal sudah la. (saja amik hati sebenarnya)

Ingatkan bila dapat biro ni dah legalah hati sikit sebab dalam kepala otak memang takde terpikir pasal akan design-design poster dan yang sewaktu dengannya. Tapi...tanpa dijangka, ICT memainkan peranan agak penting sebenarnya. Dengarnya saya sebagai student ICT, terus dapat keje untuk design guideline book ala-ala game guideline punya book. Tercengang lalu ternganga bila diberikan tugas itu. Oleh disebabkan takde orang lain yang sanggup amik tugas ini, jadi tanpa segan silu saya dan seorang lagi rakan memikul tanggungjawab ini. InsyaAllah boleh. Tabah-tabah.
Even saya dah bercuti pown, tapi serupa tak cuti kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Tapi masalahnya tak start-start pown lagi nak mula buat. Draft semua dah siap, cuma nak start design jer. Idea sangat la tidak bekerjasama pada saat-saat ini. Nak-nak pulak buat sorang-sorang kat rumah. Lebih banyak dugaan dekat rumah sebenarnya. Asalnya tak bercadang pown nak buat entri ni dan niat asal adalah untuk memulakan kerja yang masih tidak berjalan, tetapi apakan daya, idea seakan tersumbat. Kalau nak tunggu idea memang sampai bila-bila pown tak datang ni. Huhuhu. Tolong-tolong. (nape la terima kerja ni awal..terasa sedikit menyesal)
One more. Sesumpah ooo sesumpah. Ingatkan dah tak jumpa bamboo tablet yang digunakan masa dalam kelas toon boom namun jodoh menemukan kami kembali. Bamboo tablet dipinjam dari best student dalam kelas toon boom. Nampaknya saya bakal menjadi kartunis semasa cuti ya dan model saya ialah sesumpah atau nama english chamaleon. (takde binatang lain ke nak jadi model..haha) Bamboo tablet, sila bagi kerjasam sepenuhnya ye. ^_^

Demi Biro Tandas, saya akan cuba sedaya upaya saya siapkan juga guideline book ini. Daebuk! Jaiyou!

nota kaki : bila la nak free main game ni =P

nota kaki kanan : tak boleh nak kuar cari duit la..huuu

2 comments

Mardhihah Mat Ishak July 7, 2011 at 8:04 AM

ala.....sorry... T__T kalau tau tanak, tak calon kan dah shazwan..sorry... :(

ShazwanZahry July 7, 2011 at 1:28 PM

oit oit oit...

sorry mengapakah tiba-tiba ni? rilek2 dah la...

tak de pown ckp tak nak..heee..

me still smiling doing this job..boleh mengasah bakat sikit-sikit..

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER