Salam Ramadhan

Alhamdulillah, bertemu juga kita kembali dengan bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan dimana semua syaitan dan jin telah diikat dan dibukakan segala pintu kebaikan. Alhamdulillah. Rebutlah segala kebaikan didalam bulan Ramadhan, tingkatkan amal kebajikan dan tinggalkan kemaksiatan.

Read More →

Wanita

Hari ini saya nak bercerita tentang wanita. Baru-baru ini saya ada terbaca entri yang berkisar tentang soal pemakaian tudung khususnya kaum wanita yang beragama Islam, yang lelaki tak payah gatal-gatal nak pakai tudung yer.

Tahukah anda wanita mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki. Tahu atau tidak, mari kita sama-sama baca entri ini sampai habis. Kenapa saya mengatakan wanita itu punya kelebihan, ini kerana wanita itu sendiri adalah istimewa. Tahu dari mana asal usul kejadian wanita? Wanita pertama iaitu Hawa telah dijadikan dari tulang rusuk Adam yang dimana letaknya dekat dengan hati. Pernah terfikirkah kenapa tulang rusuk itu sangat dekat dengan hati? Haaaaaa. Jawapannya adalah untuk dilindungi. Untung wanita-wanita diluar sana. ^_^

Read More →

"Menguji Kecerdasan Minda"


Hari ini saya ada jumpa satu benda yang menarik selama melayari laman sesawang di alam maya ini dan saya mahu berkongsi bersama pembaca-pembaca saya. (ada ke nak baca? =P) Entri ini hanya ingin menguji tahap kecerdasan minda yang kita ada sekarang. Boleh ke nak anggap sebagai menguji tahap kecerdasan minda? Boleh jer la. Siapa yang dah rasa terlalu hebat sangat tu, sila la jawap dengan hati yang tenang dan akal yang bersih. Selamat menjawab ^_^

Read More →

The Amazing Spiderman Trailer

The Amazing Spiderman. Akan ditayangkan pada tahun hadapan 7 March 2012. Movie berkisar bagaimana Peter Parker menjadi Spiderman. Movie yang bakal ditayangkan ini adalah dari Columbia Pictures dan bukan dari Marvel. Boleh masukkan tarikh ini dalam kalendar 2012 anda ye jika anda merupakan kipas-kipas susah mati Spiderman!

Read More →

Kesan Drama dan Movie di Tanah Air


Apa yang boleh dikatakan disini ialah memang tidak dinafikan drama dan movie yang dilahirkan telah semakin berkembang dan mempunyai respons dan juga pulangan yang bagus. Tahniah diucapkan kepada pengarah, direktor, pelakon-pelakon dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Movie yang terbaru Sekali Lagi KL Gangster dengan kutipan sehingga RM 10.3 juta. Memang tidak dinafikan sangat lumayan kutipan yang diraih. Tidak kurang juga drama Juvana yang sudah berakhir juga telah menarik bilangan penonton yang ramai. Lihat saja di laman-laman sosial tidak kira 'facebook' dan 'twitter' , pasti saja akan ada orang meng'update' apa yang terbaru didalam drama tersebut.

Read More →

New Family Members

Cop2, jangan buat apa-apa andaian sebelum habis membaca entri in ye. Entri ini juga tidak ditujukan khas untuk sesiapa kerana entri ini hanyalah sebahagian dari kisah hidup saya. ^_^

Entri ini berkisar tentang kisah hidup kucing-kucing saya yang sangat disayangi. Hahahaha. Detik lebih kurang jam 12.30 pagi waktu tempatan bersamaan dengan 14 July 2011, terdengar suara jeritan mama di luar rumah. Saya terus bergegas mendapatkan mama takut-takut ada kejadian tidak diingini berlaku dan alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diigini terjadi tetapi saya tertegun. Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?

Read More →

Cheque Payment by Nuffnang


Alhamdulillah. Yes. Yeah! Yahooooo! (macam banyak sangat je duit dalam cheque tu en). =P

Ops. Ni bukan cheque untuk blog yang ini yer. Ini hasil dari blog yang lama dan juga yang telah pupus. Hehehe. Banyak tak dalam cheque tu? Tak perlu la nak bagitaw. Hahahaha.

Seriously sangat teruja dapat payment dari nuffnang. Even dah lama juga saya tunggu kedatangan cheque ni, alhamdulillah dapat gak dan dah masuk dalam akaun. ^_^ (boleh berbelanja masa cuti ni)

Read More →

Biro Tandas


Biro Tandas. Agak-agak apa yang orang pikir pasal biro tandas ni kalau mereka baru pertama kali dengar? Honestly, masa first time 'Biro Tandas', memang otak trigger segalanya tandas. Segalanya tentang tandas. Bau, kotor, busuk dan yang lain-lain. Aigoooo. (dalam hati terpikir kenapa diberikan tugas sebegini)

Biro Tandas ni adalah sekadar nickname saja. Dapat nickname disebabkan banyak isu berbangkit disebabkan tandas. So secara langsung atau tidak langsung, nama itu melekat jadi Biro Tandas. Nama asal biro tandas ni LSS (Logistic, Secure & Service). Nama sikit punya sedap ni last-last dapat nama biro tandas. Tidak profesional langsung. Tapi apakan daya, asalkan tahu nama asal sudah la. (saja amik hati sebenarnya)

Read More →

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER