Subway Popcorn

Hari yang mengenyangkan. Hari khamis yang sepatutnya disunatkan untuk berpuasa tetapi sudah jadi terbalik. Perut sudah kenyang tapi hati masih belum senang. Banyak lagi perkara masih belum dilaksanakan.

Untuk entri ini, kita cerita pasal makan untuk hari ini saja iaitu hari khamis. Hari dimulakan dengan bangun untuk solat subuh (bukan subuh dinasour yer), dan diteruskan dengan bersarapan seperti yang sudah dirancangkan pada hari sebelumnya. Nasi Lemak Sungai Pusu menjadi sasaran seawal pukul 730 pagi waktu tempatan. Last makan kat tempat tersebut dalam 2 bulan lepas sebelum tamatnya semester panjang. Ni bukan nak promote, tapi siyesli nasi lemak kat situ memang superb. Popular dikalangan student engineer dan juga student lain gak. Kalau kene masanya tue, memang penuh ar kedai tue bak kata member la. Tapi setakat yang saya pergi, belum bersesak lagi la untuk mengambil makanan. Mungkin terlalu awal. Pastu balik, singgah topup minyak jap dan sambung buat prototype.


Lunch. Tak makan apa-apa sebab masih kekenyangan dek penangan nasi lemak superb pagi tadi. Prototype pown dah siap. Sangat-sangat simple dan mudah untuk dipahami dan tak de la complicated sangat. Masa agak terhad ditambah pula dengan kelajuan internet tahap 'MAX', tak dapat la nak buat yang 'kaw-kaw' punya. Satu lagi kerja sudah selamat diselesaikan. Alhamdulillah.

Dinner. First of all, memang tak de plan pown nak makan apa untuk dinner. Tiba-tiba 'alat memanggil' berbunyi. Text masuk menyatakan suruh bersiap sedia untuk Subway. Jam menunjukkan pukul 500 petang waktu tempatan. Dengan mata yang agak kabur sebab baru bangun tidur, gagahkan diri untuk reply text tersebut. So siap-siap la buat apa yang patut en.

630 petang, pengembaraan bermula. Destinasa Subway Wangsa Walk. Tu jer la paling dekat. Menu, Roasted Chicken, tapi stock dah habes, ganti dengan Slice Chicken. Boleh ar tapi sedap lagi Teriyaki Chicken yang jatuh pada hari ahad. Satu jer yang best tentang subway ni, sekali makan terus kenyang. Tapi kenapa ntah hari ni makan rasa tak kenyang lalu terdengar suatu suara untuk makan Nasi Goreng Sotong. Hahaha. Rancangan diteruskan dan berhenti solat sebentar di petronas berhampiran. Bawah ni gambar subway yang di pelahap tadi.


Solat sudah dikerjakan. Misi harus dijalankan. Nasi Goreng Sotong sedia menanti. Ini memang kerja gila makan secara berturut. Tak pikir panjang terus makan jer. Tapi saya tak makan la nasi goreng sotong, saya makan nasi goreng popcorn. Tak taw apa nasi goreng popcorn? Taw popcorn KFC x? Kalau taw, lebih kurang camtu la popcorn dia. Nasi goreng campur ayam popcorn ditambah pula dengan telur goyang. Hahaha. Jangan tanya apa itu telur goyang yer. Malangnya tiada gambar yang dapat diambil sebab agak malap sedikit kawasan tu.

Resultnya. Duduk bilik dalam keadaan kekenyangan dan sambil membuat entri ini. Nak baring rasa tak sedap, sebab terlampau kenyang. Tunggu semua makanan-makanan beratur untuk diproses masuk dalam usus dan menanti esok pagi untuk jadi bahan terbuang. =P

Untuk esok, sila kurangkan makan bagi menjimatkan duit anda yer wahai shazwan. Kang mati kekeringan tak pasal-pasal.

nota kaki: mana la badan tak makin melebar kalau makan camni jer...sila kurangkan makan lain kali yer

nota kaki kanan : berita sedih...saya ditembak disebabkan bawa lebih dari hadlaju 123 kmj..rm 150.. T_T

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER