Entri Pertama


It's been a while since I write blog. So, sekarang bila nak start menulis kembali ada terasa kekok. Ye la, dah berzaman tak mengarang kat blog ni ha. Selalu mengarang kat dalam paper exam je. Itu pun bila masa exam je la, kalau tak memang jarang la nak menulis ni.

Hari ni Jun 4, masa sekarang 8.16 pagi. Lokasi, rumah tercinta. Suasana pagi dikampung sangat nyaman dengan radio yang mendendangkan lagu nasyid, almaklum la, radio Ikim, siaran kegemaran mama. Hehehe. Baru usai hujan sebenarnya, sejuk gile. Ikutkan hati, nak jer berselubung lagi dalam selimut tu, tapi memandangkan jarang bebenor nak sampai rumah ni, mari la menghabiskan masa bersama keluarga.


Mama tengah sibuk siapkan hidangan sarapan kat dapur, anak dia ni pula sibuk depan komputer nak tulis blog. Menu breakfast pagi ni, lempeng plus sambal tumis. Nyummy. Taw tak lempeng tu apa? Tak taw? Sila google. Rugi kepada mereka yang tak pernah makan lempeng. Hehehe. ( berhenti jap, breakfast =P )

Done breakfast. Nak dapat lempeng kat gombak memang susah la. Sementara ada kat rumah ni, nikmati la puas-puas. Hahahaha. Mana tak makin 'besau' badan saya camni. Adeh.

Untuk pengetahuan umum, umur saya baru je lanjut semalam, Jun 3. I'm officially 22 years old. Tua dah saya ni rupanya. Kalau la umur tu ditarkdirkan sampai 63 je, dah 1/3 saya laluinya dan tinggal lagi 2/3 lagi. Apa la yang telaj dilakukan sepanjang tempoh 1/3 umur tu.

Semalam saya dapat berjumpa dengan orang-orang kampung. Meriah der!!!!! Maaf untuk buat statement kat sini, my kampung is best bro!!! Even lama gila tak jumpe, mereka masih lagi recognize muka anak ini yang dahulunya nakal di kampung. Hahahaha. Memori lama berputar kembali.

Hari ni memang tiada plan apa-apa, just want to spend time with family memandangkan semua ada dirumah. Jarang kot nak gather satu family kat rumaha, kalau ada pun time raya jer la, pastu terbang balik tempat belajar semula. Enjoy my short holiday. ^^

Banyak lagi sebenarnya nak menulis ni, kalau boleh sampai berjela-jela biar sampai jenuh orang nak baca. Hahahah. Tapi cukup la ni dulu en, esok lusa boleh sambung lagi tulis.

Kepada mereka yang wish for my birthday, thank you so so so much. I really appreciate that. Especially for my mom, love you mama. ^^

Finally, Selamat Hari Lahir shazwan, semoga diri anda sentiasa tergolong dalam golongan yang beriman. (ucapan khas untuk diri sendiri)

Terima kasih untuk masa anda baca entri ni sampai habis. Salam

2 comments

naa June 8, 2011 at 10:54 AM

teruskan berblogging ^___^

fara azmi,,^_^ June 19, 2011 at 11:36 PM

hadiah sempena birthday?
happy belated birthday,,
=)

Post a Comment

 

Copyright © 2012 ShazwanZahry | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER